Jan 31, 2008

Kempen Ustaz Shamsuri ke IQ
mendapat sambutan yang memerangsangkan
.


Hubungan al-ahkam.net dan Institut al-Qayyim boleh dikatakan hubungan seperti abang dan adik.Maka tidak hairan lah jika si abang menolong adiknya .Atas maksud itu al-ahkam.net telah meganjurkan satu kempen yang dinamakan "Kempen Ust Shamsuri ke IQ".Kempen ini adalah bertujuan untuk mengajak Ustaz Shamsuri untuk mengajar di IQ.Jadi peneraju al-ahkam.net iaitu Ust zain telah merasmikan kempen ini di al-ahkam.net mulai 30 Jan pagi tadi.Ikuti maklum balas yang diperolehi dikalangan ahli al-ahkam.net.

[Klik pada paparan untuk membesarkannya]

[Klik pada paparan untuk membesarkannya]

Untuk melihat maklumbalas yang lain sila klik

Jan 29, 2008

ASWJ : Tidak Ada Perayaan Bagi Umat Islam Selain ‘Idul Adha dan ‘Idul fitri

Ustaz Abu Naaielah menjawab Faizal Tehrani :

Sebelum kedatangan Syiah kita tak pernah mendengar tentang ghadir khum. Ianya memang terdapat di dalam kitab-kitab hadis Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Terakamnya kisah tersebut di dalam kitab-kitab ASWJ menunjukkan ulamak-ulamak ASWJ tidak bersikap berat sebelah atau cuba menutup kisah-kisah yang menunjukkan kelebihan ahlul bait Rasul s.a.w.

Bahkan dalam kitab-kitab terutamanya kitab hadis ASWJ begitu banyak termuat kelebihan-kelebihan ahlul bait secara umum dan juga secara khusus terhadap individu ahlul bait. Namun begitu ulamak ASWJ memahami peristiwa tersebut bukan sebagaimana yang difahami oleh Syiah. (InsyaAllah perbincangan khusus berkenaan ghadir khum serta apakah ada perkaitan dengan ayat quran spt yang dikemukakan oleh si-Tehrani akan saya kemukakan).

Berbalik kepada perayaan ghadir khum seperti yang diwar-warkan oleh si-Tehrani ini.

Bagi penganut ASWJ dari dulu lagi tidak ada perayaan bagi umat Islam sebagaimana yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. selain dua sahaja iaitu ‘Idul Adha dan ‘Idul fitri. Inilah dua hari raya yang dirayakan oleh baginda s.a.w. dalam kehidupannya dan diperintahkan oleh baginda s.a.w. supaya umat Islam merayakannya. Begitulah juga dengan zaman seterusnya iaitu zaman Khulafa’ Rasyidin Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan juga seketika zaman Hasan r.a. Apakah sejarah dapat membuktikan mereka ini ada merayakan hari tersebut? Inilah pegangan ASWJ berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga Khulafa’ sesudahnya termasuklah khalifah dari kalangan Ahlul Bait Rasul s.a.w. sendiri.

Kalau begitu saya ingin bertanya siapakah si-Tehrani ini yang cuba untuk mempromosikan perayaan ini..? Sunnah siapakah yang diikuti oleh beliau? Andaikata beliau adalah ASWJ sebagaimana yang didakwa oleh beliau maka rujukan ASWJ manakah yang dijadikan oleh beliau sebagai membuktikan bahawa perayaan ini memang wujud di zaman Nabi s.a.w. seterusnya zaman khulafa’ rasyidin dan seterusnya dirayakan pula oleh anak cucu Nabi s.a.w. yang dianggap Imam oleh golongan Syiah..?

Saya tidak mengatakan dengan jelas bahawa beliau adalah seorang Syiah namun begitu masing-masing kita boleh menilainya sendiri..

Jan 28, 2008

Minda Mufti : Artikel Terbaru Dr. MAZA

Kita Ketandusan Kejujuran Ulama Dan Keikhlasan Umara


Sejarah umat ini bukan sedikit, dahulunya dipenuhi dengan kisah-kisah para ulama yang sentiasa berpegang kepada prinsip dan jujur. Sementara umarak pula menerima nasihat dan bicara ulama dengan jiwa yang ikhlas dan inginkan kebenaran.

Teruskan membaca… »

Larangan bertudung dihapus

ISTANBUL : Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan berkata semalam, beliau mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan secepat mungkin walaupun ditentang hebat golongan sekular.

Agensi berita Anatolia melaporkan, Erdogan mahu isu berkenaan diselesaikan secepat mungkin melalui arahan parlimen.

“Masanya sudah sampai untuk mengakhiri masalah ini,” kata Erdogan dalam satu pertemuan dengan Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) pimpinannya, di Istanbul, semalam.

Parti AKP mencapai persetujuan peringkat awal dengan parti pembangkang Khamis lalu untuk meminda perlembagaan bagi menghapuskan larangan berkenaan, walaupun dikritik hebat badan kehakiman dan ahli akademik di negara itu.
Parti AKP yang dibentuk selepas pengharaman Parti Islam, sejak sekian lama mahu larangan memakai tudung di universiti dihapuskan kerana mendakwa peraturan itu melanggar kebebasan dan hak untuk pendidikan.

Kumpulan sekular termasuk tentera, badan kehakiman dan ahli akademik kanan, melihat tudung kepala sebagai simbol penentangan terhadap sistem sekular di Turki.

Mereka mendakwa kelonggaran yang diberikan akan meningkatkan tekanan sosial terhadap wanita untuk menutup aurat.

Erdogan bagaimanapun menafikan tuduhan bahawa AKP mahu menghapuskan sistem sekular.

“Bagaimana anda boleh katakan bahawa mereka yang memakai tudung tidak sekular. Kita mempunyai masyarakat di mana mereka yang bertudung dan tidak bertudung mempertahankan negara demokratik dan sekular,” katanya.- AFP
Sumber: Berita Harian (klik)

Jan 26, 2008

Tazkirah: 'Perlukah saya buat kenduri arwah?'

Oleh : Azamin Amin
Sumber : Liputan Khas [Harakah Daily.Net]


"Perlukah saya sediakan makanan dan buat kenduri arwah kepada orang kampung sedangkan keluarga saya tengah sedih sangat sebab baru sahaja kehilangan ayah tersayang?" tanya seorang remaja kepada saya yang baru kehilangan ayahnya yang tercinta kerana sakit kronik.

Terkedu dan pernah juga terfikir dalam benak hati, namun kerana kenaifan saya di bidang agama saya diamkan sahaja sehinggalah muncul kembali soalan yang terbit daripada anak muda belasan tahun ini yang datang daripada keluarga yang susah.

Lantaran itu, walaupun sedikit kesibukan dengan tugasan, saya meluangkan masa mencari jawapan yang mungkin atau mengundang pelbagai pandangan dan polemik serta emosi kurang senang banyak pihak.

Namun atas landasan mencari ilmu termasuk mahu berkongsi bersama, saya kutip beberapa pendapat yang boleh dijadikan panduan kepada semua khususnya kepada anak muda yang bertanya itu sehingga saya membiarkan dia termanggu tanpa sebarang jawapan sebelum ini.(segala kesilapan dan kelemahan mohon tunjuk dan maafkan)


Amalan membebankan keluarga si mati


Dalam laman blog dikenali sebagai Institut Al-Imam Syafie (Intis) seorang Pensyarah Jabatan Tilawah al-Quran Pusat Bahasa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Abdullah Bukhari Abdul Rahim menulis amalan kenduri arwah ini sudah pasti menyusahkan keluarga si mati yang masih lagi bersedih dengan kehilangan orang tersayang.

Katanya Rasulullah s.a.w ketika mendengar berita kematian Jaafar ibn Abi Talib, baginda bersabda:

"Persiapkan makanan untuk keluarga Ja'far, kerana sesungguhnya mereka telah didatangi dengan apa yang menyibukkan mereka (kesusahan)."

Hadith riwayat al-Tirmidhi & Abu Dawud.

Keluarga si mati yang baru ditimpamusibah(al-Baqarah:155-157)perlu disokong dan dibantu.

Amalan di sesetengah tempat ini adalah salah, kerana katanya kesedihan keluarga si mati akan ditambah lagi dengan kesedihan lain seperti bebanan kewangan kerana perlu membayar upah orang membaca al-Quran, sembahyang jenazah dan kenduri arwah.

"Budaya mengadakan kenduri arwah bersempena kematian pada malam pertama, malam Jumaat, malam ketujuh, malam ke-40 dan malam ke-100 juga tidak mempunyai asas sama sekali dalam Islam," katanya yang dipetik dari laman web tersebut

Amalan itu membawa kepada pembaziran jika membabitkan penggunaan harta si mati tanpa jalan yang betul dan membabitkan penganiayaan harta anak yatim malah Majlis Fatwa Mesir pada 1947 memutuskan bahawa amalan berkenaan perlu dihentikan.


Ulama mazhab Syafie melarang kenduri arwah


Rujukan katanya boleh dibuat terhadap Kenyataan bekas Mufti Mesir Syeikh Hasanain Makhluf di dalam akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan Fatwa ini kemudian disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947, bilangan 377.

Katanya lagi Ulama mazhab Syafie melarang budaya ini sebagaimana dipetik daripada buku Feqah Mazhab Syafie, al-Fiqh al-Manhaji. Antara petikan kitab tersebut yang berbunyi:"Daripada bidaah apa dibuat keluarga si mati ialah dengan mengumpulkan orang ramai kepada makanan dengan upacara dinamakan berlalunya 40 hari dan seumpamanya."

"Sekiranya perbelanjaan makanan itu daripada harta peninggalan (si mati) dan di kalangan waris ada yang belum baligh, maka itu adalah dari perkara lebih haram.

"Ini kerana ia memakan harta benda anak yatim dan melenyapkannya bukan untuk kepentingan anak yatim itu. Terbabit juga dalam melakukan perbuatan haram ini setiap yang memanggil dan memakannya." ( rujukanjil 1/ ms 263, Damsyik: Dar al-Qalam).

Dalam pada itu pada Jun 2005 blog tersebut turut memetik ruangan Tazkirah di bawah tajuk 'Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama' oleh Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang merujuk kepada pengarang kitab at-Tazkirah iaitu Al-Qurtubi berhubung isu kenduri arwah.

"Dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah.

"Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan, " kata Nik Aziz.


Kenyataan pahit dan mengejutkan


Kenyataan ini kata Nik Aziz mungkin agak keras dan pahit serta boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah.

"Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah," katanya

"Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian," katanya lagi

Kata Nik Aziz lagi sungguhpun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

"Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w.?" katanya membangkitkan persoalan. Soalnya lagi jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.
"Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya," katanya.

Bagi umat Islam marilah berlapang dada dalam menghadpi persoalan agama dengan menghayati petikan ayat daripada surah An-Nisaa' 4:59 :

"Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya."

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Amalan Jahiliyyah Disangka Ajaran Agama


Oleh : Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Sumber : Ruangan Tazkirah, Harakah.


Kesetiaan insan terhadap ALLAH swt diikat dengan sebuah perjanjian dua kalimah syahadah, dengan itu manusia seolah-olah seorang kontraktor yang telah menandatangani perjanjian untuk sesuatu tender bagi melaksanakan suatu projek yang besar. Kesempurnaan projek yang telah dipersetujui bergantung sejauh mana ia memenuhi syarat-syarat dan juga plan yang telah ditetapkan.

Dalam ertikata lain bahawa keimanan seseorang hanya akan diiktiraf oleh ALLAH apabila ia melaksanakan ikrar. Dengan melaksanakan segala peraturan yang ditetapkan di dalam syariat islam. Sekiranya perlaksanaan tidak memenuhi syarat rukun yang digariskan oleh syariat, bererti mereka tidak melaksanakan ikrar sebagaimana kontraktor yang melakukan kerja binaan tanpa merujuk kepada plan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Setiap orang mukmin bukan sahaja mereka menghayati kehendak kedua kalmah syahadah yang telah diikrarkan tapi juga mereka sentiasa membaharui ikrar disetiapkali mendirikan solat. Mereka bersumpah setia bahawa segala urusan kehidupan mereka samaada dalam urusan ibdah, siasah, muamalah, nikah kawin dan lain-lainnya. Hatta kepada perkara yang bersangkutan dengan mati, hubungan orang yang hidup dengan orang yang telah mati. Manusia berjanji akan menguruskannya menurut kehendak ALLAH yakni dengan mematuhi syariat ALLAH.

Jesteru itu dalam memperkatakan hal-hal yang berhubung dengan soal kematian iaitu penyelenggaraan dan hubungan dengan penghuni alam berzakh, maka manusia tidak perlu mengambil atau meniru tradisi dan budaya jahiliyyah. Segala kaifiat dan cara menguruskan jenazah telah dijelaskan oleh sunnah Nabi s.a.w.

Adalah sangat malang bagi masyarakat pak turut mereka sering melakukan perkara-perkara yang tidak mempunyai alasan Nas atau Dalil samaada dalil al-Quran atau sunnah. Mereka melakukan perkara yang bercanggah dengan petunjuk Rasulullah, mereka melakukan secara turun temurun, berdasarkan bahawa perkara itu dilakukan oleh ibu bapa dan nenek moyang mereka.

Terdapat orang yang berusaha dan membelanjakan wang yang banyak untuk menunjukkan bukti kasih sayang mereka terhadap ibu bapa mereka yang telah mati atau suami serta isteri yang meninggal dunia, ada diantara mereka mendirikan bangunan atau binaan dari batu mar-mar yang mahal lalu mereka menganggap bahawaitu bukti kasih sayang mereka.


Padahal binaan yang mereka dirikan itu tidak memberi sebarang erti kepada orang yang telah mati, ia bukan sahaja suatu perbuatan sia-sia yang membazir, malah perbuatan itu dianggap oleh islam sebagai perbuatan jahiliyyah.


Panduan

Islam telah menggariskan panduan yang sangat mudah bagi seorang anak, suami atau isteri yang hendak menyatakan rasa kasih sayang terhadap mereka yang telah berada di alam Barzakh itu dengan cara mendoakan mereka semoga ALLAH ampunkan dosanya, dihindarikan dari segala pancaroba dan huru hara di alam kubur. Mudah-mudahan ALLAH s.w.t. kurniakan ke atas ruhnya sepenuh rahmat agar tanah perkuburan itu menjadi tempat istirehat yang aman sebelum mereka dimasukkan ke dalam syrga ALLAH di akhirat kelak.

Pengarang kitab at-Tazkirah iaitu al-Qurtubi dengan jelas mengatakan bahawa diantara amalan jahiliyyah ialah mengadakan suatu himpunan beramai-ramai diperkuburan, di masjid atau di rumah dengan berzikir dan juga lain-lain bacaan, serta mengadakan jamuan makan minum dengan tujuan untuk orang mati, disebut orang sebagai kenduri Arwah. Dengan jelas perbuatan itu tiada Nas yang menjadi rujukannya dan tiada petunjuk sunnah yang menjadi ikutan.


Sesungguhnya ia adalah dari perbuatan jahiliyyah.

Kenyataan ini mungkin agak keras dan pahit boleh jadi suatu penjelasan yang mengejutkan terutama terhadap mereka yang mengamalkan perkara tersebut secara ikut-ikutan dan membuta tuli tanpa mengkaji dari sudut ilmiyah. Tetapi inilah hakikat Islam yang mesti diakui oleh penganutnya yang sedia kembali kepada al-Quran dan Sunnah.

Tidak dapat dinafikan bahawa amalan tersebut telah berakar umbi di dalam masyarakat melayu, sehingga sebahagian dari mereka menganggap bahawa amalan tersebut adalah merupakan amalan agama yang mesti dilakukan setiap kali berlaku kematian.

Elok juga dijelaskan di sini bahawa tidak ada manusia lebih mengasihi dan sayang terhadap orang lain yang mengatasi kasih-sayang Nabi s.a.w. terhadap umatnya. Carilah di dunia ini jika ada manusia yang lebih sayang terhadap orang lain atau terhadap ibu bapa mereka jika dibandingkan dengan kasih sayang Nabi terhadap umatnya. Walaupun Nabi terlalu sayang terhadap umatnya terutama terhadap para sahabatnya yang sentiasa membantu Nabi di dalam suasana damai dan perang namun Nabi tidak pernah melakukan majlis zikir atau tahlil untuk sahabat-sahabatnya r.a yang mati.

Orang yang paling sayang terhadap Nabi s.a.w. adalah para sahabatnya yang sentiasa berada di sisi Nabi siang dan malam, namun pernahkah terdapat para sahabat berhimpun dan berzikir dan bertahlil untuk Nabi s.a.w. ? jika perkara itu tidak dilakukan oleh Nabi dan juga para sahabat maka dari manakah punca amalan itu diambil.

Sejarah menunjukkan bahawa sebelum Islam datang ke tanah melayu, orang-orang melayu telah menganut agama hindu. Jesteru itu terdapat banyak tradisi dan budaya hindu yang masih terdapat dalam amalan orang melayu.

Contohnya apabila orang Islam mengadakan upacara nikah, mereka lakukan menurut islam berdasarkan rukun nikah seperti yang ditetapkan oleh syariat. Tapi selepas itu mereka mengadakan upacara persandingan dengan upacara menepung tawar, menabur beras kunyit dan sebagainya, sedangkan persandingan dan segala tradisi tersebut adalah dari kebudayaan hindu.

Demikianlah samaada disedari atau tidak sebahagian besar orang melayu telah mencampur adukkan Islam dan kebudayaan hindu dalam urusan nikah kahwin adalah menjadi perkara lumrah dalam masyarakat melayu. Maka demikian juga orang melayu telah secara sedar atau tidak telah mengambil tradisi jahiliyyah dalam pengurusan mayat.

Apa yang paling mendukacitakan, mereka menganggap amalan tersebut sebahagian dari amalan Islam, padahal Rasulullah sa.w. tidak pernah menunjukkan contoh seperti itu dalam sunnahnya.



Siapakah Mereka?

Siapakah Mereka ?


Blog yang kononnya berpegang kepada ASWJ...
Adakah begini sifat seorang ASWJ?

Blog yang penuh dengan artikel menghina orang....
Adakah begini sifat seorang ASWJ?


Blog yang penuh dengan gambar-gambar di "edit" menghina orang...
Adakah begini sifat seorang ASWJ?

Jawapannya terletak pada anda sendiri........
Tepuk Dada tanya iman...
Beginikah sifat-sifat yang diajar Rasulullah?


Gambar menghina dan memfitnah seorang ustaz dan keluarganya..walaupun ditulis sekadar gambar hiasan...tetapi pada masa yang sama ia satu penghinaan.

Gambar seorang ulamak di 'edit' dengan dilukis tanduk...menunjuk satu penghinaan kepada seorang ulamak..

Beginikah sifat seorang yang berpegang pada ASWJ ?



(Klik pada gambar untuk membesarkan)



Perompak Juga Tidak Akan Suka Jika Dia Dirompak

--------------- Klik Pada Gambar- -------------


Jan 25, 2008


MALAM INI

Forum Perdana
Melahirkan Pemikiran Sunnah


HADITH PALSU

(MENCEMARKAN KITABULLAH DAN SUNNAH NABI)


AHLI PANEL:

USTAZ FATHUL BARI BIN MAT JAHYA
(Pendakwah Kmtrian Luar Kerajaan Arab Saudi)

MOHD ROESFAN SAZZERIN BIN MOHD SOFI
(Pendakwah Bebas)

MODERATOR:

USTAZ HISHAM BIN MOHD RADHI
(Timbalan Pengerusi IQ)

TEMPAT: DEWAN KOMPLEKS MASYARAKAT PENYAYANG

Tarikh : 25 January 2008 (Jumaat)
Masa : 8.45 Malam

Lokasi: Peta (Klik)

Maklumat Lanjut: salim 0194781700






Jan 24, 2008

Bersabarlah Wahai Sahabat-sahabatku Sekalian.


Wahai sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian....dalam kita mengharungi kehidupan yang berliku-liku yang penuh dengan onak dan duri ini pasti ada ujian yang harus kita lalui...Inilah fitrah kehidupan kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini yang pasti akan diuji oleh Allah....Sahabat-sahabat sekalian Allah telah berfirman dalam al-Qur'an yang maksudnya:


Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta. (29:2-3)


Sahabat-sahabat sekalian dalam kita membawa ketulenan dalam dakwah dan tarbiyah kita ini pasti ada yang tidak dapat duduk diam kerana mereka takut apa yang kita bawak ini bertentangan apa yang mereka bawak....Rasulullah dan sahabat-sahabatnya sendiri telah menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam membawa ketulenan risalah ini...inikan kita baru sedikit dikenakan ujian oleh Allah
Jalla Wa'ala...Apa yang ana dapat sampaikan ialah bersabarlah sahabat-sahabatku....Teruskan usaha kita ini dalam menyampaikan ketulenan rislah dakwah kita ini.....Berdoalah pada Allah dan yang pasti pertolongan Allah sentiasa bersama kita.....Di bawah ana bawakan beberapa ayat Qur'an untuk kita hayati bersama.

Wahai orang-orang yang beriman, Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu beruntung. (3:200)
Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. dan Sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu'. (2: 45)

Jika mereka berpaling (dari keimanan), Maka Katakanlah: "Cukuplah Allah bagiKu; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya Aku bertawakkal dan dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung".(9:129)





Jan 23, 2008

Imam Abu Abdullah al-Bukhari (Imam Bukhari)

Tokoh Islam penghimpun dan penyusun hadith itu banyak, dan yang lebih terkenal di antaranya seperti yang disebut di atas. Adapun urutan pertama yang paling terkenal di antara enam tokoh tersebut di atas adalah Amirul-Mu’minin fil-Hadith (pemimpin orang mukmin dalam hadith), suatu gelar ahli hadith tertinggi.

Nama lengkapnya adalah Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Bardizbah. Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail, terkenal kemudian sebagai Imam Bukhari, lahir di Bukhara pada 13 Syawal 194 H (21 Juli 810 M), cucu seorang Persia bernama Bardizbah. Kakeknya, Bardizbah, adalah pemeluk Majusi, agama kaumnya. Kemudian putranya, al-Mughirah, memeluk Islam di bawah bimbingan al-Yaman al Ja’fi, gubernur Bukhara. Pada masa itu Wala dinisbahkan kepadanya. Kerana itulah ia dikatakan “al-Mughirah al-Jafi.”

Mengenai kakeknya, Ibrahim, tidak terdapat data yang menjelaskan. Sedangkan ayahnya, Ismail, seorang ulama besar ahli hadith. Ia belajar hadith dari Hammad ibn Zayd dan Imam Malik. Riwayat hidupnya telah dipaparkan oleh Ibn Hibban dalam kitab As-Siqat, begitu juga putranya, Imam Bukhari, membuat biografinya dalam at-Tarikh al-Kabir.

Ayah Bukhari disamping sebagai orang berilmu, ia juga sangat wara’ (menghindari yang subhat/meragukan dan haram) dan taqwa. Diceritakan, bahawa ketika menjelang wafatnya, ia berkata: “Dalam harta yang kumiliki tidak terdapat sedikitpun wang yang haram maupun yang subhat.” Dengan demikian, jelaslah bahawa Bukhari hidup dan terlahir dalam lingkungan keluarga yang berilmu, taat beragama dan wara’. Tidak hairan jika ia lahir dan mewarisi sifat-sifat mulia dari ayahnya itu.

Ia dilahirkan di Bukhara setelah salat Jum’at. Tak lama setelah bayi yang baru lahr itu membuka matanya, iapun kehilangan penglihatannya. Ayahnya sangat bersedih hati. Ibunya yang saleh menagis dan selalu berdo’a ke hadapan Tuhan, memohon agar bayinya bisa melihat. Kemudian dalam tidurnya perempuan itu bermimpi didatangi Nabi Ibrahim yang berkata:

“Wahai ibu, Allah telah menyembuhkan penyakit putramu dan kini ia sudah dapat melihat kembali, semua itu berkat do’amu yang tiada henti-hentinya.”

Ketika ia terbangun, penglihatan bayinya sudah normal. Ayahnya meninggal di waktu dia masih kecil dan meninggalkan banyak harta yang memungkinkan ia hidup dalam pertumbuhan dan perkembangan yang baik. Dia dirawat dan dididik oleh ibunya dengan tekun dan penuh perhatian.

Keunggulan dan kejeniusan Bukhari sudah nampak semenjak masih kecil. Allah menganugerahkan kepadanya hati yang cerdas, pikiran yang tajam dan daya hafalan yang sangat kuat, teristimewa dalam menghafal hadith. Ketika berusia 10 tahun, ia sudah banyak menghafal hadith. Pada usia 16 tahun ia bersama ibu dan abang sulungnya mengunjungi berbagai kota suci. Kemudian ia banyak menemui para ulama dan tokoh-tokoh negerinya untuk memperoleh dan belajar hadith, bertukar pikiran dan berdiskusi dengan mereka. Dalam usia 16 tahun, ia sudah hafal kitab sunan Ibn Mubarak dan Waki, juga mengetahui pendapat-pendapat ahli ra’yi (penganut faham rasional), dasar-dasar dan mazhabnya.

Rasyid ibn Ismail, abangnya yang tertua menuturkan, pernah Bukhari muda dan beberpa murid lainnya mengikuti kuliah dan ceramah cendekiawan Balkh. Tidak seperti murid lainnya, Bukhari tidak pernah membuat catatan kuliah. Ia dicela membuang waktu dengan percuma kerana tidak mencatat. Bukhari diam tidak menjawab. Pada suatu hari, kerana merasa kesal terhadap celaan yang terus-menerus itu, Bukhari meminta kawan-kawannya membawa catatan mereka. Tercenganglah mereka semua kerana Bukhari ternyata hapal di luar kepala 15.000 haddits, lengkap terinci dengan keterangan yang tidak sempat mereka catat.

Pengembaraannya

Tahun 210 H, Bukhari berangkat menuju Baitullah untuk menunaikan ibadah haji, disertai ibu dan saudaranya, Ahmad. Saudaranya yang lebih tua ini kemudian pulang kembali ke Bukhara, sedang dia sendiri memilih Mekah sebagai tempat tinggalnya. Mekah merupakan salah satu pusat ilmu yang penting di Hijaz. Sewaktu-waktu ia pergi ke Madinah. Di kedua tanah suci itulah ia menulis sebahagian karya-karyanya dan menyusun dasar-dasar kitab Al-Jami’as-Shahih dan pendahuluannya.

Ia menulis Tarikh Kabir-nya di dekat makam Nabi s.a.w. dan banyak menulis pada waktu malam hari yang terang bulan. Sementara itu ketiga buku tarikhnya, As-Sagir, Al-Awsat dan Al-Kabir, muncul dari kemampuannya yang tinggi mengenai pengetahuan terhadap tokoh-tokoh dan kepandaiannya bemberikan kritik, sehingga ia pernah berkata bahawa sedikit sekali nama-nama yang disebutkan dalam tarikh yang tidak ia ketahui kisahnya.

Kemudian ia pun memulai studi perjalanan dunia Islam selama 16 tahun. Dalam perjalanannya ke berbagai negeri, hampir semua negeri Islam telah ia kunjungi sampai ke seluruh Asia Barat. Diceritakan bahawa ia pernah berkata: “Saya telah mengunjungi Syam, Mesir, dan Jazirah masing-masing dua kali, ke basrah empat kali, menetap di Hijaz (Mekah dan Madinah) selama enam tahun dan tak dapat dihitung lagi berapa kali saya mengunjungi Kufah dan Baghdad untuk menemui ulama-ulama ahli hadith.”

Pada waktu itu, Baghdad adalah ibu kota negara yang merupakan gudang ilmu dan ulama. Di negeri itu, ia sering menemui Imam Ahmad bin Hambal dan tidak jarang ia mengajaknya untuk menetap di negeri tersebut dan mencelanya kerana menetap di negeri Khurasan.

Dalam setiap perjalanannya yang melelahkan itu, Imam Bukhari senantiasa menghimpun hadith-hadith dan ilmu pengetahuan dan mencatatnya sekaligus. Di tengah malam yang sunyi, ia bangun dari tidurnya, menyalakan lampu dan menulis setiap masalah yang terlintas di hatinya, setelah itu lampu di padamkan kembali. Perbutan ini ia lakukan hampir 20 kali setiap malamnya. Ia merawi hadith dari 80.000 perawi, dan berkat ingatannya yang memang super jenius, ia dapat menghapal hadith sebanyak itu lengkap dengan sumbernya.

Kemasyhuran Imam Bukhari

Kemasyhuran Imam Bukhari segera mencapai bahagian dunia Islam yang jauh, dan ke mana pun ia pergi selalu di alu-alukan. Masyarakat hairan dan kagum akan ingatannya yang luar biasa. Pada tahun 250 H. Imam Bukhari mengunjungi Naisabur. Kedatangannya disambut gembira oleh para penduduk, juga oleh gurunya, az-Zihli dan para ulama lainnya.

Imam Muslim bin al-Hajjaj, pengarang kitab as-Shahih Muslim menceritakan: “Ketika Muhammad bin Ismail datang ke Naisabur, aku tidak pernah melihat seorang kepala daerah, para ulama dan penduduk Naisabur memberikan sambutan seperti apa yang mereka berikan kepadanya.” Mereka menyambut kedatangannya dari luar kota sejauh dua atau tiga marhalah (� 100 km), sampai-sampai Muhammad bin Yahya az-Zihli berkata: “Barang siapa hendak menyambut kedatangan Muhammad bin Ismail besok pagi, lakukanlah, sebab aku sendiri akan ikut menyambutnya. Esok paginya Muhammad bin Yahya az-Zihli, sebahagian ulama dan penduduk Naisabur menyongsong kedatangan Imam Bukhari, ia pun lalu memasuki negeri itu dan menetap di daerah perkampungan orang-orang Bukhara. Selama menetap di negeri itu, ia mengajarkan hadith secara tetap. Sementara itu, az-zihli pun berpesan kepada para penduduk agar menghadiri dan mengikuti pengajian yang diberikannya. Ia berkata: “Pergilah kalian kepada orang alim yang saleh itu, ikuti dan dengarkan pengajiannya.”

Sumber : www.haluan.org.my


Siapa Aku?

Contributed by wewr on Friday, December 22 @ 11:01:35 MYT
Topic: Sastera Palestin

SIAPA AKU?
(Sebuah Puisi Biografi Syeikh Ahmad Yasin, 1938-2004)

Lahirku di Kampung Al-Jaurah,
Selatan Tebing Gaza, 1938 Masihiah,
Tercetus perang 1948, familiku berpindah,
Mengharung kaki menuju Ghazzah. (Gaza)

Tika asyik beriadah bersama teman,
Malang menimpa, aku terhumban,
Lumpuh seluruh badan,
Namun, kutekad kekuatan,
Lumpuhku tidak bisa menghalang pergerakan,
Minda, fikiran, tadbir jua amalan...

Kutamatkan pengajian sekolah,
Kuteruskan ke Universiti Ain Syams, padah,
Setahun berlalu dan aku terpaksa berhenti,
Hati yang terhiris itulah,
Yang kubawa ke Mesir gagah,
Kukenal Ikhwan, sertai jamaah.

Di Palestin,
Akulah guru, mengajar tatatertib,
Berkhutbah di masjid, akulah khatib,
Akulah pengasas Majma' Islami,
Pada 70-an tekad bersemi.

1983, aku ditangkap dituduh,
Pengasas Majd Mujahidin pembunuh,
13 tahun penjara, mahkamah menyuruh,
Namun terbebas selepas bulan kesepuluh.

Kuasaskan lagi gerakan HAMAS,
Gerakan Penentangan Islamiah, kemas,
1987, HAMAS berdiri tegas!

Sekali lagi, ditangkap askar Yahudi,
Dihukum penjara seumur abadi,
Ditambah 15 tahun lagi,
Kerana mengasas HAMAS menggempa Yahudi!

Makin hari, kumakin lemah, di penjara,
Pandangan kananku hilang mutiara,
Mata kiriku kabur, terseksa didera,
Penyakitku kronik, dihantar ke Hospital Penjara.

Subuh 1 Oktober 1997 barakah,
Aku dibebas dengan janji payah,
Antara Jordan & Israel laknatullah,
Selepas serangan Khalid Masy'al tergagal, musnah.

Kusenyum, kulihat
Intifadah Aqsa, bangkitnya ummat,
Menentang, melawan Zionis penjajah laknat,
Hingga terbunuh jua tercedera berat.

Pagi,
Malam Isnin aku bersolat sendiri,
Munajatku mohon ke hadrat Ilahi,
Agar ganjaran Syahid diberi di sisi,
Dan kuniat puasa di pagi hari.

Masjid, 22 Mac 2004 - Fajarnya,
Usai solat Subuh, tiada lama hanya,
Tika berjalan pulang, aduh sakitnya,
Tiada rasa nyeri, pulanglah,
Pulanglah ke hadrat Tuhanku, Allah,
Haruman syurgawi, rohpun terbanglah,
Duniaku, pisahlah,
Nyata kerananya dan kerana-Nya aku lelah...

Akulah Syeikh Ahmad Ismail Yasin!
Siapa kamu?
Apa yang kamu telah sumbangkan untuk agama Allah?

3 April 2004,
Hotel Fatamorgana,
Sweileh, Amman.

Note: nukilan : wewr

Sumber : Palestinkini.info

Jan 22, 2008

Gaza : Operasi Bedah Terpaksa Dihentikan ?

Lihatlah berita dibawah dimana rakyat Palestine dibuat seperti orang asing...padahal mereka merupakan penduduk bumi suci itu...Ramai penduduk yang sakit di hospital tidak boleh dirawat kerana alatan untuk merawat mereka tidak dapat berfungsi kerana putusnya bekalan elektrik..Betapa kecamnya zionis laknatullah ini memutuskan bekalan elektrik dengan tujuan membunuh rakyat Palestine...

Marilah -sahabat sekalin kita berdoa pada Allah supaya Allah permudahkan segalanya agar mereka yang sakiit di hospital dapat dirawat...Doa moga Allah lumpuhkan pentadbiran israel sekarang....


Contributed by gunxx on Monday, January 21 @ 09:42:22 MYT Topic: Berita Semasa

Isnin, 21/01/08 -Pihak hospital di Gaza pada Ahad lepas mengumumkanakan memberhentikan operasi pembedahan dan memberi amaran akan ancaman kesihatan yang teruk sekiranya bekalan elektrik di Gaza terus putus.Kamal Abu Mousa, pengurus perhubungan awam hospital berkata, pihak pengurusan hospital akan bertindak memberhentikan operasi pembedahan sehingga situasi kembali normal.

Pihak berkuasa Gaza berkata bekalan hampir lumpuh pada Ahad lepas kerana rejim Zionis telah menganggu bekalan minyak. Kenan Obaid, pengerusi pihak berkuasa memberitahu pihak media iaitu gangguan elektrik bermakna 70% kawasan bandar Gaza akan terbabit manakala 50% melibatkan seluruh Gaza.Obaid memberi amaran kekurangan bekalan elektrik akan membawa kepada bencana manusia kerana bekalan tidak dapat disalurkan kepada hospital , klinik dan loji.

Beliau merayu kepada komuniti dunia , negara Arab, Bulan Sabit Merah, UNRWA, UN, EU dan seluruh organisasi antarabangsa agar campur tangan agar bekalan elektrik dapat dipulihkan semula.

sumber : http://www.palestine-info.com
penterjemah : gunx


SUSAHNYA MENJADI BAIK...

Perjalanan ini, kita mulakan dengan niat untuk menjadi baik..
Melangkah dengan penuh harapan, agar dibalas dengan penuh keindahan..
Tanpa kita sedar, jalan yang dipilih bukan mudah untuk dilalui..
Ramai yang sudah tersungkur, walaupun belum sempat kakinya melangkah..

Bila kita berjalan, kita akan dipandang sepi..
Bila kita berlari, kita akan dikeji..
Bila kita berkata, kita akan dikata..
Bila kita terjatuh, kita akan dikutuk..
Bila kita mendekati, mereka akan menjauhi..

Alangkah meruntunnya hati ini..
Bila kita berkorban mengharapkan yang terbaik..
Kita dihamburkan dengan kata-kata nista..
Beban amanah ini belum pun bisa tertanggung, kita dihambat pula dengan jutaan sesalan..

Arkhhh...
Tiba-tiba, kita berkata...

Susahnya menjadi baik...

Rasanya seperti ingin melepaskan diri..
Membiarkan ia bebas terbang tanpa ikatan..
Hati ini mula merapuh..
Pendirian kini mula terombak..

Semakin lemah kaki melangkah, semakin lesu hati berkata, semakin mata kita berkaca...
Tiba-tiba, suatu suara memberitahu satu cerita..

La tahzan.. la tahzan.. la tahzan..

Kata-kata yang memberi seribu makna kembali menyegarkan jiwa..
Lantas kini, kaki kita terpasak teguh berdiri..
Hati ini meragut kembali sejuta misi..
Kembali dengan wajah sama, tetapi semangat seribu ganda..
Mereka yang memandang mula bertanya..

Kenapa? Mengapa?

Maka berkatalah kita sang setia..
Kami adalah insan yang PEDULI..


Ajim (UTeM)
http://ajim-kehidupan.blogspot.com/


www.al-ahkam.net

Jan 20, 2008

Berhati-hati membeli Diari


AWAS !!!

Dakyah Syiah diselitkan dalam diari ini Ehsan al-ahkam.net...(Lagi)


Artikel Terbaru SS Dr. Mohd Asri Zainul Abidin


Minda Mufti

Jangan Melampau Jika Bertelingkah, Itu dibenci Allah....(Lagi)




drmaza.com