Apr 18, 2008

Maaf Tidak dapat Update Blog buat masa ini.

Disebabkan ana terlalu sibuk dengan projek akhir sarjana muda dan final exam,ana terpaksa hadkan waktu ana untuk update kan blog ini, Dibawah merupakan kertas-kertas yang ana akan hadapi :

21/4 - Persamaan Terbitan Separa (9-12pm)
25/4 - Pendidikan Matematik (3-5.30pm)
28/4 - Keusahawanan (8.30-10.30pm)
29/4 - Pemboleh Ubah Kompleks ( 2.30-5.30pm)
3/5 - Pengurusan dan Keselamatan Makmal (9-11am)
Dan tarikh terakhir ana kena submit projek sarjana muda ana adalah 2 Mei 08..
Moga sahabat-sahabat dapat mendoakan kejayaan ana...

InsyaAllah 3Mei ana akan pulang ke Penang...tak sabar nak pulang jumpa family dan nak hadiri kuliah2 ustaz2 sunnah...Doakan ana n sahabat-sahabat ana..

Kepada mereka yang akan menghadapi dan sedang menghadapi FINAL EXAM..
Ana selaku penulis blog ini mengucapkan SELAMAT BERJAYA dan teruslah berdoa mengharapkan pertolongan Allah.
- Salam Tajdid -

Info Terkini :
Kuliah Perdana Dr Maza di Istititut al-Qayyim
Tarikh : 20/4/08
(AHAD ) Jam 8.30mlm..
Layari
al-ahkam.net atau al-qayyim.net/news
untuk ikuti secara LIVE


.

Apr 3, 2008

Update : Kempen Boikot Produk Utama Belanda

TERKINI : Sokong Boikot produk Belanda: Ulama Malaysia dan Indonesia

SEPANG: Ulama di Malaysia dan Indonesia menyokong tindakan memboikot barangan buatan Belanda sebagai tanda bantahan terhadap penerbitan filem Fitna yang secara terang menghina Islam.

Ahli Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata majlis itu bersetuju dengan tindakan badan bukan kerajaan (NGO) memboikot barangan keluaran Belanda bagi menyuarakan kemarahan terhadap penerbitan filem itu.

"Hubungan perniagaan adalah hubungan kerajaan, kita boikot barangan itu untuk tunjukkan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan negara mereka yang membenarkan filem itu ditayangkan.

"Umat Islam dilarang mencaci agama lain, haram bagi orang Islam mencaci agama lain, sebab itu kita kena lawan dan kalau hendak jawab, kita boleh jawab macam-macam. Kita juga hanya boleh menyatakan kebenaran agama kita dan bukan dengan mencaci kepercayaan orang lain," katanya.

Harussani turut menyelar pemimpin Parti Kebebasan Belanda, Geert Wilders kerana menghasilkan filem itu serta sengaja menggunakan petikan tidak lengkap ayat al-Quran berkaitan jihad bagi menggambarkan Islam menggalakkan keganasan.

"Filem ini betul-betul fitnah kepada kita. Dia menonjolkan ayat al-Quran yang perintahkan kita berjihad dengan orang kufur. Dia lupa bahawa sebelum itu ayat berkenaan menceritakan bagaimana orang kufur menentang umat Islam, cuba nak hapuskan Islam.

"Perintah kepada orang Islam supaya berjihad mempertahankan agama, tapi dia ambil kalimah yang al-Quran mengajar supaya membunuh orang, pancung orang, seolah-olah itulah perkara sebenar... sedangkan ayat itu tidak ditunjukkan sepenuhnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan Teks al-Quran (LPPPQ) Bil 54/1.2008, Kementerian Dalam Negeri di sini, semalam.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi LPPPQ, Datuk Noh Gadut serta Pengerusi Lujnah Penyemakan dan Penilaian Teks al-Quran, Datuk Sheikh Mohamah Nor Mansor.

Penerbitan filem 15 minit itu mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia dan beberapa NGO serta pertubuhan politik di negara ini turut melancarkan kempen memboikot barangan buatan Belanda.

Filem itu yang antara lain menyelitkan imej peristiwa 11 September 2001 dan serangan bom di stesen Madrid pada 2004 dengan beberapa petikan ayat al-Quran, mula disiarkan menerusi internet mulai Khamis lalu.

Harussani yang juga Mufti Perak, berkata Wilders mempunyai agenda tidak baik terhadap Islam apabila sengaja tidak menyiarkan ayat al-Quran yang memerintahkan umat Islam menghormati sesama manusia dan melarang mereka berkelahi dengan orang kafir jika tidak diancam.

Sementara itu, Noh yang juga Mufti Johor berkata, kehebatan Islam sudah ditonjolkan pada zaman Rasulullah SAW menerusi Piagam Madinah yang memberi keadilan kepada semua termasuk bukan Islam.

Malah, katanya, ketika peperangan pun tentera Islam tidak dibenarkan menganiaya orang tua, wanita, kanak-kanak, pokok dan haiwan atau mereka yang berlindung di tempat ibadat.

"Kita perlu ingat, Islam berkembang bukan kerana pedang tetapi kerana kemanusiaan dan pendekatan tanpa membezakan warna kulit dan kedudukan," katanya.

Di JAKARTA, Majlis Ulama Indonesia menggesa supaya barangan dari Belanda diboikot dalam bantahan dunia terhadap penerbitan filem itu.

Jurucakapnya, Ma'ruf Amien berkata Majlis Ulama mengambil ketetapan itu kerana penghinaan pengeluar filem Belanda berkenaan terhadap agama Islam.

Awal pagi semalam, kira-kira 50 pelajar Islam memasuki perkarangan bangunan konsulat Belanda di Indonesia dalam satu tunjuk perasaan membantah filem anti Islam itu.

Penunjuk perasaan berkenaan mengoyakkan bendera di bangunan berkenaan di Medan, kata seorang jurucakap kedutaan Belanda, Gonneke De Ridder.Stesen radio el-Shinto melaporkan penunjuk perasaan juga melontarkan batu ke arah konsulat dan membakar bendera tetapi perkara itu tidak dapat disahkan jurucakap berkenaan.

Sumber : [url]http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/BeritaUtama/20080402231652/Article/index_html[/url]

Setakat ini yang menyokong Kempen Memboikot ini :

(1) al-ahkam.net (AAN)
(2) Institut al-Qayyim (IQ)
(3) Parti Islam Semalaysia (PAS)
(4) Ustaz Zahruddin Abdul Rahman (UZAR)
(5) Dr Yusoff al-Qaradaawi
(6)Datuk Seri Harussani Zakaria (Mufti Kerajaan Perak
7) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
(8) Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
(9) Majlis Fatwa Kebangsaan
(10) Tun Dr Mahathir Mohamed)
(11) Tranungkite.net
(12) Presiden Soesilo Bambang Yudhoyono
(12) Datuk Noh Gadut ( Mufti Kerajaan Johor)
(13) Majlis Ulama Indonesia

Ana akan update dari masa ke semasa...Ana PEDULI dengan usaha Memboikot ini...Mereka yang ana senaraikan semuanya berhujah dengan hujah yang ilmiah bukan berdasarkan emosi semata-mata...

Dan ana ingin mengariskan 5 Kompenan yang disyorkan oleh imam besar kita Dr Yusof al-Qaradhaawi untuk kita laksanakan...

1. Membuktikan secara ilmiah bahawa tuduhan yang dilempakan terhadap Rasulullah adalah tidak benar.
2. Meminta supaya Negara-negara Islam bertegas dalam hal ini seperti yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘berdiri secara jantan”.
3. Mendesak pemerintah kaum Muslimin supaya tegas membantah tindakan tersebut.
4. Menerbitkan karya yang mengmbarkan keindahan Islam supaya non-Muslim lebih memahami Islam yang indah.
5. Memboikot produk negara-negara yang mnghina Islam dan umatnya.

Wallua'lam...

http://ibnu-qayyim.blogspot.com/

.

Komen Ustaz Zaharuddin Terhadap Kempen Memboikot Produk Belanda

zaharuddin.net


Harus di boikot barangan tertentu keluaran Belanda untuk tempoh tertentu ( cadangan saya 2 bulan) sebagai mesej jelas kepada Belanda dan semua non-muslim di dunia agar jangan lagi mempermainkan Islam. Sama ada boikot ini berjaya beri kesan atau tidak, ia tetap releven sebagaimana burung yang masih berusaha bertindak memadamkan api.. ramai di luar sana tidak mampu melakukan cadangan-cadangan seperti rundingan, penrangan sebanar wajah Islam dan lain-lain. Justeru, tanpa boikot, mereka hanya akan duduk saja tanpa apa-apa usaha dan daya yang disumbangkan dalam isu ini............... >>Teruskan Membaca>>

Apr 2, 2008

Kempen Boikot Produk Utama Belanda

ImageBerikut ini senarai produk Belanda yang disenaraikan oleh PPIM di webnya untuk diboikot:

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29.
30.
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain



Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-


KENYATAAN RASMI INSTITUT al-QAYYIM

IQ mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang menerbitkan filem ‘Fitna’ dan menyiarkannya di internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam lamanweb liveleak.com pada 27 Mac lalu telah menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang menggalakkan keganasan. Tindakan ahli parlimen ini secara jelas menghina Islam, Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab sucinya al-Quran.

Ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan umat Islam di serata dunia di timur dan di barat. Tindakan tidak bertanggungjawab ini, hanya akan mengeruhkan lagi keamanan dunia dan menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan bukan Islam.


IQ ingin menegaskan bahawa, Islam bukanlah sebuah agama seperti yang digambarkan oleh Geert Wilers di dalam filemnya tersebut. Sebaliknya Islam dan Umatnya sentiasa menghulurkan tangan permuafakatan kepada sesiapa yang menghulur pemuafakatan bersama kami, inilah yang diajarkan di dalam agama Islam. Allah S.W.T. berfirman di dalam al-Quran:

 يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثي وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan kami telah menciptakan kamu berbangsa-bangsa  dan berpuak-puak untuk kamu semua saling kenal-mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang lebih bertaqwa di kalangan kamu.” (al-Hujurat: 13)

IQ bersama pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain menyeru umat Islam, supaya memboikot semua produk keluaran Balanda dan menyampaikan bantahan mereka melalui saluran yang dibenarkan sebagai menyatakan rasa protes kita terhadap tindakan seorang ahli perlimennya yang bersikap biadab terhadap umat Islam.

IQ juga menuntut supaya ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya, atau setidak-tidaknya ia hendaklah memohon maaf di atas tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Rentetan isu penghinaan terhadap Islam seperti ini, IQ berpandangan, ia sekaligus menuntut umat Islam supaya memainkan peranan mereka dengan lebih aktif membuat penerangan dan penjelasan, seterusnya bertanggungjawab memperbanyakkan terbitan filem yang menggambarkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat dunia.

Sumber : al-qayyim.net

KENYATAAN RASMI AL-AHKAM.NET

www.al-ahkam.net dengan keras membantah tindakan Geert Wilders Ahli Parlimen Belanda dan penerbit bagi sebuah filem pendek berjudul “Fitna” yang dengan jelas menghina Islam dan tidak langsung menghiraukan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

www.al-ahkam.net berpandangan tindakan menyiarkan filem “Fitna” tersebut adalah usaha provokasi untuk mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Pihak www.al-ahkam.net juga bertegas supaya penyiaran tersebut ditarik balik di semua media.

www.al-ahkam.net berpandangan kebebasan bersuara yang diwar-warkan oleh pihak Barat nyata telah disalahgunakan sehingga menghina agama lain. Kebebasan bersuara tanpa batasan bakal mengundang kecelakaan.

Justeru, www.al-ahkam.net amat mengalu-alukan pandangan Dr. Yusof al-Qaradhawi yang mencadangkan 5 tindakan umat Islam seluruh dunia dalam berdepan dengan suasana ini:

1. Membuktikan secara ilmiah bahawa tuduhan yang dilempakan terhadap Rasulullah adalah tidak benar.
2. Meminta supaya Negara-negara Islam bertegas dalam hal ini seperti yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘berdiri secara jantan”.
3. Mendesak pemerintah kaum Muslimin supaya tegas membantah tindakan tersebut.
4. Menerbitkan karya yang mengambarkan keindahan Islam supaya non-Muslim lebih memahami Islam yang indah.
5. Memboikot produk negara-negara yang menghina Islam dan umatnya.

www.al-ahkam.net juga berharap Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende tidak hanya memberi amaran kepada Ahli Parlimenya tetapi mengenakan tindakan yang keras ke atas beliau. www.al-ahkam.net juga dengan tegas menekankan bahawa umat Islam tidak ingin melihat peristiwa ini berulang lagi.

Sumber : al-ahkam.net

KENYATAAN RASMI PAS

Semua rakyat mesti boikot pencetus permusuhan

KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Semua rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan bersama yang aman dan harmoni hendaklah bersama-sama memboikot pihak yang suka mencetuskan api permusuhan, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika mengukuhkan cadangan supaya diboikot barangan dari Belanda berikutan tindakan ahli parlimen negara itu, Geert Wilders menyiarkan filem yang mengkritik Al-Quran, , Fitna, di dalam laman webnya mulai 27 Mac lalu.

Barangan dari German pula digesa diboikot sebaik sahaja negara itu menghalalkan pementasan Satanic Verses di teater Hans Otto, Potsdam, salah sebuah bandar dalam negara itu.

Isyarat tegas

"Semua pihak, tanpa mengira bangsa dan agama, yang mencintai kehidupan bersama yang harmoni mestilah memberi isyarat yang tegas dan jelas bahawa mereka tidak mahu lagi menerima apa jua bentuk penghinaan ke atas mana-mana pihak," kata Mahfuz.

Di samping meminta para ilmuan Islam memberikan penjelasan mengenai ayat-ayat al-Quran yang difitnahkan itu, beliau berkata, tindakan semua pihak memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetuskan permusuhan adalah sangat penting.

"Buktikan kepada penyembah-penyembah permusuhan yang memperalatkan kebebasan bersuara itu bahawa kita mahu hidup dalam harmoni. Kita tak mahu sakitkan hati antara satu sama lain.

"Kita mesti beri signal yang jelas dan tegas dengan memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetus permusuhan dan menyokong tindakan mencetuskan permusuhan," tegas beliau.

Umat Islam, katanya, mempunyai kewajipan untuk menentang cercaan ke atas agama mereka.

"Bukan itu sahaja, kita juga mesti menentang cercaan ke atas agama lain kerana itulah ajaran Islam kepada kita," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Khutbah

Beliau menyeru pihak-pihak berkuasa agama Islam supaya menyediakan khutbah-khutbah untuk menyemarakkan kesedaran ummah supaya tidak bertolak-ansur dengan sesiapa jua yang menghina Islam.

"Media-media massa pula mestilah memainkan peranan yang aktif untuk menyemarakkan kesedaran semua pihak supaya menentang apa jua perbuatan yang mencetuskan permusuhan dengan memboikot barangan mana -mana negara yang menghalalkan tindakan seperti itu, tidak kira Belanda, German malah mana-mana negara sekalipun" katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh menggesa rakyat memboikot barangan yang dijual oleh para peniaga yang didakwa sengaja menaikkan harga, kementerian itu juga sepatutnya menggesa para pengguna melakukan perkara yang sama ke atas barangan negara-negara yang menghalalkan penghinaan dan cetusan permusuhan.

"Tidak cukup dengan kenyataan (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk) Shahrir (Abdul Samad) yang menyatakan rakyat berhak menunjukkan tanda protes dengan memboikot barangan dari Belanda. Menteri dan kementerian itu sepatutnya memainkan perana yang aktif.

"Mesti ada tindakan bersama yang terancang dan serentak dari pihak berkuasa agama, media-media dan kementerian-kementerian yang terbabit untuk memastikan keberkesanan pemboikotan itu," tegas beliau.

Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada pasaraya yang berjanji akan memberikan kerjasama dengan meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk tersebut.

Antara produk keluaran Belanda termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketuanya, Salahuddin Ayub telah menghantar bantahan kepada kedutaan Belanda mengecam tindakan Wilders menyiarkan filem itu di dalam laman webnya.

Lumpuh

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan tindakan menyiarkan filem Fitna itu di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.

"Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

"Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Sumber : harakahdaily.net