Apr 2, 2008

Kempen Boikot Produk Utama Belanda

ImageBerikut ini senarai produk Belanda yang disenaraikan oleh PPIM di webnya untuk diboikot:

1. Dutch Lady - Susu
2. Ferrero Roche - Coklat
3. Wall’s - Ais Krim
4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin
6. Lady’s Choice -Magerin
7. Lipton -Teh
8. Shell -Minyak
9. Knorr -Perisa Makanan
10. Dove -Mandian
11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
12. Radiant -Deodoran
13. Rexona -Deodoran
14. Ponds -Produk Kecantikan
15. Kieldsens -Coklat
16. Slimfast -Produk Pelangsing
17. Lego -Kismis
18. Philips -Barangan Elektrik
19. Duyvis -Makanan Ringan
20. Gouda -Keju
21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
24. Labello -Lip Balm
25. Pickwick -Teh
26. Venz -Mentega Coklat
27. Kinder Bueno -Coklat
28. Unilever -Syarikat
29.
30.
31. Sunsilk -Shampoo
32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
33. Lux -Mandian
34. Vaseline -Lip Balm
35. Cif -Pencuci Lantai
36. Surf -Pencuci Kain
37. Wishbone -Pencuci Kain
38. Doriana - Keju Krim
39. Bertolli -Minyak Masak
40. Clear -Shampoo
41. Breeze -Pencuci Kain
42. Sun -Pencuci Kain



Produk Dumex dan Nutricia telah digugurkan dari senarai di atas kerana pihak pengurusan NUMICO DUMEX (MALAYSIA) SDN BHD telah menghubungi pengurusan tertinggi PPIM dan mengesahkan syarikat mereka telah diambil alih oleh Danone Group sejak akhir 2007 dan menggunakan nama Danone Dumex yang berasal dari Perancis.-admin PPIM-


KENYATAAN RASMI INSTITUT al-QAYYIM

IQ mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan seorang Ahli Parlimen Belanda Geert Wilders yang menerbitkan filem ‘Fitna’ dan menyiarkannya di internet. Filem selama 15 minit yang disiarkan dalam lamanweb liveleak.com pada 27 Mac lalu telah menggambarkan Islam sebagai sebuah agama yang menggalakkan keganasan. Tindakan ahli parlimen ini secara jelas menghina Islam, Nabi Muhammad S.A.W. dan kitab sucinya al-Quran.

Ia sudah tentu akan membangkitkan kemarahan umat Islam di serata dunia di timur dan di barat. Tindakan tidak bertanggungjawab ini, hanya akan mengeruhkan lagi keamanan dunia dan menimbulkan hubungan yang tidak baik antara umat Islam dan bukan Islam.


IQ ingin menegaskan bahawa, Islam bukanlah sebuah agama seperti yang digambarkan oleh Geert Wilers di dalam filemnya tersebut. Sebaliknya Islam dan Umatnya sentiasa menghulurkan tangan permuafakatan kepada sesiapa yang menghulur pemuafakatan bersama kami, inilah yang diajarkan di dalam agama Islam. Allah S.W.T. berfirman di dalam al-Quran:

 يأيها الناس إنا خلقناكم من ذكر وأنثي وجعلناكم شعوبا وقبائل لتعارفوا إن أكرمكم عند الله أتقاكم

Maksudnya: “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan, dan kami telah menciptakan kamu berbangsa-bangsa  dan berpuak-puak untuk kamu semua saling kenal-mengenal, sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang lebih bertaqwa di kalangan kamu.” (al-Hujurat: 13)

IQ bersama pertubuhan-pertubuhan Islam yang lain menyeru umat Islam, supaya memboikot semua produk keluaran Balanda dan menyampaikan bantahan mereka melalui saluran yang dibenarkan sebagai menyatakan rasa protes kita terhadap tindakan seorang ahli perlimennya yang bersikap biadab terhadap umat Islam.

IQ juga menuntut supaya ahli parlimen tersebut dikenakan tindakan yang sewajarnya, atau setidak-tidaknya ia hendaklah memohon maaf di atas tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.
Rentetan isu penghinaan terhadap Islam seperti ini, IQ berpandangan, ia sekaligus menuntut umat Islam supaya memainkan peranan mereka dengan lebih aktif membuat penerangan dan penjelasan, seterusnya bertanggungjawab memperbanyakkan terbitan filem yang menggambarkan ajaran Islam yang sebenarnya kepada masyarakat dunia.

Sumber : al-qayyim.net

KENYATAAN RASMI AL-AHKAM.NET

www.al-ahkam.net dengan keras membantah tindakan Geert Wilders Ahli Parlimen Belanda dan penerbit bagi sebuah filem pendek berjudul “Fitna” yang dengan jelas menghina Islam dan tidak langsung menghiraukan sensitiviti umat Islam seluruh dunia.

www.al-ahkam.net berpandangan tindakan menyiarkan filem “Fitna” tersebut adalah usaha provokasi untuk mengundang kemarahan umat Islam seluruh dunia. Pihak www.al-ahkam.net juga bertegas supaya penyiaran tersebut ditarik balik di semua media.

www.al-ahkam.net berpandangan kebebasan bersuara yang diwar-warkan oleh pihak Barat nyata telah disalahgunakan sehingga menghina agama lain. Kebebasan bersuara tanpa batasan bakal mengundang kecelakaan.

Justeru, www.al-ahkam.net amat mengalu-alukan pandangan Dr. Yusof al-Qaradhawi yang mencadangkan 5 tindakan umat Islam seluruh dunia dalam berdepan dengan suasana ini:

1. Membuktikan secara ilmiah bahawa tuduhan yang dilempakan terhadap Rasulullah adalah tidak benar.
2. Meminta supaya Negara-negara Islam bertegas dalam hal ini seperti yang disifatkan oleh beliau sebagai ‘berdiri secara jantan”.
3. Mendesak pemerintah kaum Muslimin supaya tegas membantah tindakan tersebut.
4. Menerbitkan karya yang mengambarkan keindahan Islam supaya non-Muslim lebih memahami Islam yang indah.
5. Memboikot produk negara-negara yang menghina Islam dan umatnya.

www.al-ahkam.net juga berharap Perdana Menteri Belanda, Jan Peter Balkenende tidak hanya memberi amaran kepada Ahli Parlimenya tetapi mengenakan tindakan yang keras ke atas beliau. www.al-ahkam.net juga dengan tegas menekankan bahawa umat Islam tidak ingin melihat peristiwa ini berulang lagi.

Sumber : al-ahkam.net

KENYATAAN RASMI PAS

Semua rakyat mesti boikot pencetus permusuhan

KUALA LUMPUR, 1 Apr (Hrkh) - Semua rakyat Malaysia yang cintakan kehidupan bersama yang aman dan harmoni hendaklah bersama-sama memboikot pihak yang suka mencetuskan api permusuhan, kata Ketua Penerangan PAS, Haji Mahfuz Omar.

Beliau berkata demikian ketika mengukuhkan cadangan supaya diboikot barangan dari Belanda berikutan tindakan ahli parlimen negara itu, Geert Wilders menyiarkan filem yang mengkritik Al-Quran, , Fitna, di dalam laman webnya mulai 27 Mac lalu.

Barangan dari German pula digesa diboikot sebaik sahaja negara itu menghalalkan pementasan Satanic Verses di teater Hans Otto, Potsdam, salah sebuah bandar dalam negara itu.

Isyarat tegas

"Semua pihak, tanpa mengira bangsa dan agama, yang mencintai kehidupan bersama yang harmoni mestilah memberi isyarat yang tegas dan jelas bahawa mereka tidak mahu lagi menerima apa jua bentuk penghinaan ke atas mana-mana pihak," kata Mahfuz.

Di samping meminta para ilmuan Islam memberikan penjelasan mengenai ayat-ayat al-Quran yang difitnahkan itu, beliau berkata, tindakan semua pihak memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetuskan permusuhan adalah sangat penting.

"Buktikan kepada penyembah-penyembah permusuhan yang memperalatkan kebebasan bersuara itu bahawa kita mahu hidup dalam harmoni. Kita tak mahu sakitkan hati antara satu sama lain.

"Kita mesti beri signal yang jelas dan tegas dengan memboikot barangan dan perkhidmatan mereka yang mencetus permusuhan dan menyokong tindakan mencetuskan permusuhan," tegas beliau.

Umat Islam, katanya, mempunyai kewajipan untuk menentang cercaan ke atas agama mereka.

"Bukan itu sahaja, kita juga mesti menentang cercaan ke atas agama lain kerana itulah ajaran Islam kepada kita," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Khutbah

Beliau menyeru pihak-pihak berkuasa agama Islam supaya menyediakan khutbah-khutbah untuk menyemarakkan kesedaran ummah supaya tidak bertolak-ansur dengan sesiapa jua yang menghina Islam.

"Media-media massa pula mestilah memainkan peranan yang aktif untuk menyemarakkan kesedaran semua pihak supaya menentang apa jua perbuatan yang mencetuskan permusuhan dengan memboikot barangan mana -mana negara yang menghalalkan tindakan seperti itu, tidak kira Belanda, German malah mana-mana negara sekalipun" katanya.

Menurut beliau lagi, jika sebelum ini Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna boleh menggesa rakyat memboikot barangan yang dijual oleh para peniaga yang didakwa sengaja menaikkan harga, kementerian itu juga sepatutnya menggesa para pengguna melakukan perkara yang sama ke atas barangan negara-negara yang menghalalkan penghinaan dan cetusan permusuhan.

"Tidak cukup dengan kenyataan (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk) Shahrir (Abdul Samad) yang menyatakan rakyat berhak menunjukkan tanda protes dengan memboikot barangan dari Belanda. Menteri dan kementerian itu sepatutnya memainkan perana yang aktif.

"Mesti ada tindakan bersama yang terancang dan serentak dari pihak berkuasa agama, media-media dan kementerian-kementerian yang terbabit untuk memastikan keberkesanan pemboikotan itu," tegas beliau.

Mahfuz mengucapkan terima kasih kepada pasaraya yang berjanji akan memberikan kerjasama dengan meletakkan tanda produk keluaran Belanda yang dijual bagi membolehkan pengguna mengenal pasti produk tersebut.

Antara produk keluaran Belanda termasuk minyak Shell, susu Dutch Lady, barangan elektrik Philips, coklat Forrero Roche, insurans ING, teh Lipton, perisa makanan Knor dan cecair mandian Dove.

Semalam, Dewan Pemuda PAS Pusat yang diketuai Ketuanya, Salahuddin Ayub telah menghantar bantahan kepada kedutaan Belanda mengecam tindakan Wilders menyiarkan filem itu di dalam laman webnya.

Lumpuh

Sabtu lalu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan tindakan menyiarkan filem Fitna itu di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

"Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.

"Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

"Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim).

Sumber : harakahdaily.net

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Seperti yang kita maklum, telah macam-macam yang berlaku pada hari ni… misalnya negara yang menghina Islam, produk2 bertanda halal yang meragukan dan bermacam-macam lagi…Saya terpanggil untuk memberikan pandangan saya tentang permasalahan ini.

Seperti yang kita semua maklum, Islam menggalakkan umatnya melakukan atau menghasilkan sesuatu , misalnya mencipta produk, menghasilkan makanan. Perkhidmatan, perbankan dan lain-lain lagi dimana ini merupakan fardhu kifayah.

Namun begitu, amatlah malang, kita sebagai pengguna Islam masih berleluasa membeli produk-produk yang dihasilkan oleh orang bukan Islam sedangkan produk yang sama juga ada dijual oleh orang Islam. Bukankah menjadi kewajipan kita untuk membeli selagi boleh produk2 keluaran umat Islam. Ada yang memberi pelbagai alasan seperti produk mahal la, tak berkualiti la… susah nak dapat la… meragukan la.. dan bermacam-macam lagi…

Saya tidak menyalahkan mereka yang memberi alasan-alasan tersebut sebab mereka yang mengeluarkan wang dan wang bukannya sendirinya datang dari langit. Kita telah berusaha keras untuk mendapatkan wang tersebut jadi sememangnya kita ingin membelanjakan wang tersebut di mana kita mendapat hasil yang setimpal…

Namun begitu, alangkah manisnya jika kita dapat membelanjakan wang itu untuk membeli produk2 keluaran Islam. Adakah kekurangan pada produk orang Islam melebihi kemanisan menjalankan tanggungjawab sebagai orang Islam? Adakah keselesaan produk keluaran orang bukan Islam melebihi keyakinan yang wang yang didapati oleh orang Islam yang menjual produk itu dibelanjakan kejalanan Allah? Adakah kita yakin produk murah yang kita beli dari orang bukan Islam datangnya dari sumber yang halal?

Alangkah baiknya ..kita membeli produk di mana kita tahu pembuatnya itu mempercayai Allah… Alangkah lebih baik kita membeli produk orang Islam di mana wang yang mereka perolehi diketahui tidak akan dibelanjakan untuk menentang Islam…

Mungkin sekarang rakyat dari negara Denmark dan Belanda yang menghina Islam… kita boikot… nanti kalau rakyat dari negara Jerman, Perancis, Britain, Jepun, Korea juga buat perkara yg menghina Islam adakah kita akan boikot??? sudah tentu…. Namun jika kita sejak dari awal lagi dah berbelanja dan menggunakan produk2 keluaran orang Islam, tidak perlu lagi kita bersusah2 nak boikot… dan tidak berlaku diskriminasi terhadap orang Islam di negara tersebut.. sebab kita hanya beli barang buatan orang Islam… tak kira la datang dari denmark ke ..belanda ke… jerman ke…. Mungkin kita rasa susah nak lakukannya buat masa sekarang… namun bila lagi?? 10 tahun lagi??




Orang Islam adalah kuasa Ekonomi Malaysia..

Pendapatan bulanan

Islam RM2,711 (60% penduduk Malaysia)
Cina RM4,437 ( 26% penduduk Malaysia)
India RM3,456 (7.8% penduduk Malaysia)

Jumlah penduduk Malaysia 23 Juta Orang…

Secara perbandingan…

Kuasa membeli orang Islam = RM2,711 x 23M x 0.60 = RM 37.4 billion/ sebulan
Kuasa membeli orang Cina = RM4,437 x 23M x 0.26 = RM 26.5 billion/ sebulan
Kuasa membeli orang India = RM3,456 x 23M x 0.078 = RM 6.2 billion/ sebulan
Kuasa membeli orang Cina + India = RM 32.7 billion/sebulan

Jika kita lihat angka-angka tersebut, kita boleh tafsirkan bahawa orang Islam mempunyai kuasa membeli tertinggi jadi mereka lah sebenarnya yang menentukan siapa kuasa Ekonomi Malaysia… namun malangnya kita tidak melakukan apa yang kita semestinya lakukan…dan membiarkan kaum lain menjadi peneraju ekonomi seperti yang berlaku sekarang…

Perbelanjaan kita
Dari segi perbelanjaan kita ….. secara kasarnya kita membahagikan wang kita seperti berikut:

1)Kereta = 20%
2)Rumah = 30%
3)Insurans = 10%
4)Pelaburan = 20%
5)Perbelanjaan bulanan = 20 %

Jika kita berjaya membelanjakan wang kita untuk produk2 Islam bagi perkara 1 hingga 4 kita telah membelanjakan 80% gaji kita untuk produk orang Islam…Tak perlu fikir biskut apa nak beli pun kita dah boleh menjalankan sebahagian tanggungjawab kita jika kita menjaga perkara 1 hingga 4 yang di atas…

Jadi sebenarnya semuanya terpulang kepada kita...kita tahu memperjuangkan Islam bukan hanya di peti undi tetapi pada seluruh cara hidup kita … adakah bila parti yang memperjuangkan Islam memerintah… baru kita nak membeli produk2 Islam…. Mungkin ya, mungkin tidak…




Apakah peranan kita….

1) Kita hendaklah sentiasa melakukan yang terbaik untuk membeli produk2 orang Islam….
2) Kita hendaklah memastikan produk-produk Islam yang kita beli adalah betul2 dari orang Islam dan untuk Islam… bukan proxy atau setakat menggunakan cara Islam sahaja… misalnya perbankan Islam… memang banyak tapi kita harus pandai memilihnya…
3) Kita hendaklah belajar untuk menerima kekurangan produk2 keluaran orang Islam, misalnya keselesaan kualiti dan lain2 kerana yang penting apa yang kita beli diberkati Allah… kerana… bukan murah untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan… jika kita memberi sokongan kepada produk2 Islam… InsyaAllah kualiti produk akan bertambah…
4) Dan lain-lain lagi…

Peranan saya….

Saya dan keluarga sendiri sedang cuba untuk membelanjakan wang kami untuk produk2 Islam… namun begitu begitu payah untuk memastikan produk2 itu adalah keluaran orang2 Islam… jadi saya bercadang InsyaAllah untuk membangunkan laman web yang berfungsi menyimpan pangkalan data untuk mendapat info berkaitan Islam dan produk Islam…supaya orang Islam mempunyai cukup info sebelum membuat pilihan produk yang akan dibeli….

Di akhir kata…
Bila kita betul2 menjalankan tanggungjawab kita sebagai umat Islam tak perlu lagi nak boikot2 barang…tak perlu lagi DEB…. Tak perlu takut kita akan dianiaya dan menyaniaya orang lain…. Dan lain2 lagi.. ..InsyaAllah…

Saya meminta maaf jika ada kekurangan atau kesalahan. Saudara dan saudari juga boleh memberikan komen kepada saya dan jika ada kekurangan, kesilapan, kesalahan dalam saya mengutarakan pandangan saya ini…

Bagi yang bukan beragama Islam… saya hanya menjalankan tanggungjawab saya sebagai orang Islam dan untuk memberi kesedaran kepada saudara2 saya….. keputusan masih ditangan mereka….

Sekian .. Wassalam…

Shahrizan
Paka

Bro_aiman said...

satu komen yang sangat ilmiah...apapun terima kasih saudara/i shahrizan....