Mar 19, 2008

Pandangan Mufti Perlis Tentang Kerajaan-Kerajaan Pembangkang Yang Baru Dibentuk


SOALAN: Apakah pandangan Dr. tentang kerajaan-kerajaan baru yang dibentuk oleh pembangkang; khususnya Kelantan, Kedah, Perak dan Selangor?

JAWAPAN: “Melihat kepada senario politik yang sedang berlaku dalam negara ini, maka beberapa perkara –setakat ini- mungkin boleh saya ulas seperti berikut:


1) Rakyat patut memuji kepimpinan Kerajaan dan rakyat Kelantan. Mereka terkenal dengan kematangan politik. Walaupun media yang bongkak menghina mereka sebelum pilihanraya berlaku, namun mereka telah berjaya merentasi pilihanraya dengan jayanya –alhamdulillah-. Di kala negeri-negeri lain masih dalam kekalutan, Kelantan tenang dan damai dengan keputusan yang dibuat oleh rakyatnya. Mudah-mudahan itu sebagai tanda bahawa Islam yang dilaungkan di Kelantan benar-benar mendapat keberkatan Allah. Bumi Kelantan adalah antara benteng-bentang umat Islam di negara ini. Wajib kepada seluruh muslimin terus membantu hasrat Islam yang dilaungkan, selagi zahir padanya keikhlasan bukan bertujuan politik semata. Masih banyak ruang yang boleh dilakukan untuk mengangkat imej Islam di negeri berkenaan.


2) Kerajaan Baru Kedah adalah harapan umum agar prinsip-prinsip siasah Islam yang menekankan soal keadilan dan kemaslahatan rakyat dalam dasar dan perlaksanaan benar-benar dapat dihayati. Mereka perlu bernafas panjang dalam mengambil sesuatu tindakan agar kegopohan parti mereka di Trengganu dahulu tidak berulang. Kelihatannya YAB Menteri Besar Kedah yang baru, mampu menonjolkan ciri-ciri kematangan politik yang baik di peringkat awal ini. Pegangan ‘siasah untuk maslahah ummah’ amat penting agar tidak timbul sama sekali unsur politik membalas dendam. Kita berdoa agar prinsip-prinsip Islam yang damai, harmoni lagi adil dapat dikecapi oleh rakyat Kedah menerusi kerajaan mereka yang baru.


3) Kerajaan Baru Selangor sebenarnya berhadapan dengan situasi yang amat sengit. Ini kerana, Selangor adalah negeri maju, rakyatnya mungkin lebih sensitif dan kritis. Kedudukan Selangor yang terdedah kepada dunia yang lebih terbuka, menjadikannya kayu pengukur golongan cerdik pandai sejauh manakah slogan golongan pembaharuan politik ini dapat direalisasikan. Nampaknya tawaran-tawaran Kerajaan Baru Selangor mampu menzahirkan prinsip pemerintah mengutamakan rakyat seperti yang menjadi teras siasah dalam Islam. Kita amat berharap ketelusan dan kejujuran akan menjadikan mereka lebih unggul dibandingkan kerajaan sebelum ini.


4) Ada pun Perak, saya belum dapat melihat perkembangannya. Namun keperibadian yang baik YAB Menteri Besar yang baru mudah-mudahan mengundang pertolongan Allah untuk pentadbirannya.


Sekali lagi saya ingin sebut, seperti yang sering nyatakan dalam berbagai tulisan dan kenyataan saya, bahawa “laksanakanlah keadilan dan ketelusan, di situlah akan lahirnya cinta rakyat dan keberkatan Allah. Jangan ulangi segala bentuk penyelewengan dan kebongkakan yang pernah dilakukan oleh mereka yang lain sebelum ini, kerana pada bongkah, sombong dan tidak telus itu mengundang kebencian rakyat dan kemurkaan Allah”.



Sumber : drmaza.com

Mar 13, 2008

Mengenali MB Perak Yang Baru

Mengenali Menteri Besar Perak yang baru, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar.

Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

ImageBeliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Menurut Setiausaha Kerja PAS Perak, Khalilul Abdul Rahman, Nizar merupakan seorang yang pemurah dan mudah bergaul dengan masyarakat dan mengambil berat masalah kakitangan di bawahnya. "Jika ada kakitangannya yang menghadapi masalah, beliau akan cepat menyekesaikan masalah temasuk masalah kewangan," jelas Khalilul. "Sebagai ketua pejabat, beliau seorang yang peramah dengan orang ramai termasuk orang bawahannya dan beliau bersedia mendengar pandangan orang lain," ujar beliau.

Memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat menjadi agenda perjuangannya, kerana itu beliau bergiat cergas di dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO). Umpamanya Gabongan Pengguna Air Perak (GPAP).

Keistimewaan beliau, walaupun lulusan dari luar negeri beliau mampu mengajar (buka kitab) di masjid-masjid dan suara-surau.malah beliau sendiri mampu mengelenggarakan ibadah kurban termasuk penyembelihan bintang kurban.

Di samping itu Haji Nizar juga selain boleh berbahasa Inggeris, ia juga boleh berbahasa Cina dan Tamil. Inilah Menteri Besar yang dikehendaki oleh rakyat, mampu mentadbir, berwibawa dan mempunyai pengetahuan agama dan boleh membaca khutbah jumaat. Perkenan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang memilih Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak memang tepat, oleh itu semua pihak perlu akur dengan keputusan yang dibuat oleh Sultan Perak. - mr

Bersyukur Atas Kemenangan & Jangan Berdendam

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat

KOTA BHARU, 11 Mac (Hrkh) - Setelah memperolehi kemenangan besar pada pilihan raya umum ke-12, pimpinan PAS Kelantan akan terus berusaha menjaga kemenangan tersebut dengan sebaiknya. -->-->
Pesuruhjayanya, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau mengharapkan agar semua pihak akan menjaga sebaiknya amanah yang diberikan rakyat kepada PAS untuk terus menerajui negeri serambi mekah itu sejak 18 tahun lalu.
"Kita mesti menjaga sebaik-baiknya anugerah ini dan tidak mudah lalai dan leka dengan nikmat yang dikurniakan Allah," ujarnya pada sidang media sebaik mendapat keputusan pilihan raya ke-12 di Pejabat Badan Perhubungan PAS Kelantan, 8 Mac lalu.
Tegasnya, sejak dilantik menjadi Menteri Besar pada 1990 lalu, beliau sentiasa ingat bahawa kepercayaan yang diberikan rakyat merupakan amanah Allah supaya melaksanakan segala dasar Islam.
"Kerajaan di dunia ini bukan kita yang punya, jangan pandai-pandai buat undang-undang dan peraturan hidup sendiri yang menolak hukum Allah," katanya.
Dalam pada itu, beliau tidak lupa untuk merakamkan ucapan penghargaan kepada rakyat Kelantan khususnya jentera parti yang telah bertungkus lumus bekerja untuk mempertahankan kemenangan Islam di Kelantan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Kelantan yang telah bekerjasama bagi memastikan Islam terus memerintah, khususnya kepada jentera parti yang telah bekerja keras. Semoga semuanya diterima Allah sebagai amal boleh di sisiNya," katanya lagi.
Mengulas mengenai tohmahan yang selalu diletakkan kepada kerajaan PAS Kelantan, Mursyidul Am PAS itu berkata sebelum ini kerajaan pusat diterajui Umno-BN tetap melaksanakan projek pembangunan di negeri itu meskipun ia berada di bawah kepimpinan kerajaan PAS.
"Ini membuktikan bahawa kita tidak perlu menukar kerajaan bagi membolehkan kerajaan pusat menyalurkan bantuan ke negeri ini," ujarnya lagi.
Dalam pada itu, beliau turut melahirkan rasa terkejut dengan keputusan pilihan raya kali ini yang baginya di luar dugaan.
"Memang saya terkejut sungguh, ini semua kuasa Allah yang merupakan 'tsunami politik' pada tanah air kita," ujarnya.
Ujarnya, Barisan Alternatif yang terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP menerima kemenangan ini dengan penuh rasa hormat.
"BA terima kemenangan dengan pernuh rasa hormat, serta yakin dengan Allah kerana tidak ada sesuatu pun yang boleh lawan kuasa ALlah walau pelbagai usaha dilakukan.
"Melihat kepada pelbagai usaha untuk menumbangkan kepimpinan Islam di Kelantan, saya berasa agak sukar. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dengan memberi kemenangan ini," tegasnya.
Beliau turut berpesan kepada pimpinan dan petugas parti yang diberikan kemenangan agar bersikap khusyuk dan tawadhu' dengan apa yang sedang dikurniakan Allah sebagai tanda kesyukuran.
"Kita yang menang, jangan ada sikap berdendam. Sebaliknya kena khusyuk dan tawadhuk bila berdepan dengan kemenangan ini," katanya mengakhiri sidang tersebut.

Mar 5, 2008

Presiden PAS arah ahli berpuasa sunat dan munajat esok

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyeru ahli dan penyokong PAS yang beragama Islam untuk terus bermunajat memohon pertolongan Allah agar PAS diberi kemenangan dalam Pilihan Raya Umum ke 12 ini.


Beliau mengarahkan semua calon dan petugas PAS untuk berpuasa sunat esok (Khamis) dan menghidupkan malam Jumaat dengan qiamullail dan munajat.


Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Presiden PAS mengingatkan, dalam kesibukan berkempen semua ahli dan petugas PAS tidak boleh melalaikan aspek spiritual.


Katanya, setelah berusaha gigih untuk membantu kemenangan PAS, seharusnya petugas PAS berdoa dan bertawakal kepada Allah agar memberikan kemenangan kepada PAS sekaligus mematikan perancangan jahat musuh.



Menurut beliau, paling penting dalam gerakan Islam, petugas-petugasnya mempunyai hubungan yang kukuh dengan Ilahi. - mr

Menuju kemenangan: Perkemas jentera, jangan layan provokasi

Foto
"Bertenang dan tumpukan kepada usaha mencapai kemenangan"

PAS yakin gabungan pembangkang akan mencipta sejarah baru dalam arena politik negara dengan menafikan majoriti dua pertiga yang dimilikiBarisan Nasional di Parlimen dalam pilihanraya pada 8 Mac ini, kataPengarah Pilihanraya PAS Pusat Datuk Mustapha Ali. Berikutan itu,katanya semua jentera PAS dan pembangkang diminta bertenang dan jangan masuk perangkap yang dipasang BN.....Teruskan membaca...»


BN sudah menang di Kelantan??

Seketika, sengaja saya singgah di blog-blog sahabat saya untuk mencari maklumat dan ketenangan.Entah mengapa sejak semalam, hati saya meronta-ronta untuk mendengar khabar tentang Kelantan. Fikiran saya menjadi agak bercelaru apabila memikirkan nasib Kelantan.Saya tiba-tiba menjadi sangat sebak apabila memikirkan apakah nasib negeri pertahanan terakhir Islam di Malaysia ini....Teruskan membaca...»


Mar 4, 2008

Kisah sambutan luar biasa ceramah Anwar di Gombak

Seperti dimaklumkan sebelum ini semalam di Sri Gombak kira-kira 15,000 membanjir padang kosong di taman berkenaan. Pandang yang sebelum ini ditumbuhi rumput dan semak, menjadi runyai dek himpitan dan diligam oleh orang ramai.

Teruskan membaca... »


Laporan tin arak di Baling usaha terdesak BN burukkan PAS - Ustaz Taib
KUALA LUMPUR, 4 March (Hrkh) - Usaha BN memburuk-burukkan PAS dalam satu laporan berita yang disiarkan dalam Buletin Utama (TV3) malam tadi sebenarnya mendedahkan bahawa sokongan pelbagai kaum ke atas PAS semakin meningkat...
Teruskan membaca... »


Pembohongan Muhyiddin Yassin terhadap Kerajaan Kelantan.
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Hrkh) - Kempen Umno/BN kini semakin bercelaru dan penuh pembohongan apabila Naib Presidennya, Tan Sri Muhyidin Yassin membohongi rakyat dengan menyatakan kerajaan negeri Kelantan muflis kerana hutang dengan kerajaan pusat sejumlah RM1 bilion.
Teruskan membaca... »

Mar 3, 2008


Kisah Perhimpunan Anak Kelantan anjuran BN

Kuala Lumpur, 3 Mac (KLpos.net) - Cuba lihat jumlah mereka yang hadir di dalam dewan (gambar di atas) hanya dianggarkan 2200 orang sahaja yang hadir, padahal mereka menggangar 5000 orang...Reaksi mereka yang hadir pun semata-mata untuk makan sahaja...Itulah rakyat kelantan...orang bagi ambil...tapi undi belum pasti untuk mereka yang bagi.....
Teruskan membaca...»

Tuan Guru Nik Aziz dapat sambutan hebat di Putrajaya
PUTRAJAYA, 2 Mac (Hrkh) - Kehadiran Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat disambut hebat kira-kira 4,000 penduduk Putrajaya di Dewan Besar kompleks serbaguna Presint 9, petang tadi.Teruskan membaca... »
Minda Mufti : Mencari Hikmah Dalam Menyampaikan Risalah
Penerangan tentang Islam tidak boleh dibuat secara semberono atau ‘cincai’, apatah lagi makian dan hamunan. Sebaliknya hendaklah dengan kekukuhan hujah dan alasan serta memahami latar belakang sasaran dan keadaan.
Apabila dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w begitu ditindas di Mekah, maka baginda mencadangkan supaya sebahagian para sahabahnya berhijrah ke Habsyah. Ketika itu yang memerintah Habsyah adalah Najasyi, seorang raja yang terkenal bersifat adil. Kerajaan Habsyah adalah kerajaan Kristian dalam ertikata agama tersebut menjadi teras kerajaan.