Feb 26, 2008

Hebat Sambutan Ceramah Anwar Di Parlimen P.Pauh
Kiriman: zain-ys
Pukul 11.55 mlm Anwar baru sampai. Laungan reformasi bergema. Laluan tempat Anwar ke pentas pidato penuh sesak dengan lautan manusia. Petugas2 berkawal hingga membentuk lorong untuk laluan Anwar.Teruskan membaca... »

Rakaman & Laporan: Siapa Hendak Ku Pilih
Kiriman: zain-ys
Anda boleh mendengar terus rakaman ataupun download rakaman....Teruskan mendengar... »

Mufti Perlis ingatkan pengundi pilih pemimpin yang beriman

KANGAR, 28 Feb (Hrkh) - - Sempena pilihan raya umum 8 Mac ini, Mufti Kerajaan Negeri Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru umat Islam memilih pemimpin yang mempunyai kewibawaan, kemampuan untuk melaksanakan tanggung jawab kepimpinan dan seorang yang menunaikan solat..Teruskan membaca… »

Dakwa Presiden PAS angkuh, fitnah jahat Idris Jusoh
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Hrkh) - Kenyataan Pengerusi Perhubungan UmnoTerengganu, Dato' Seri Idris Jusoh, bahawa Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang angkuh kerana kononnya enggan bersalaman dengan calon Barisan Nasional merupakan satu ...Teruskan membaca… »




Jom Pakat Pi Ramai2..!!!

- Pro-Tajdid -
-----------------------------------------------------------------------------------------------

Pilihanraya : SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat oleh UZAR

Oleh : Ustaz Zaharuddin (Pensyarah UIAM)

Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?
Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?
Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk ‘kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.

Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.

Keperitan Menghubungi SPR

Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut : http://www.spr.gov.my/index/hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.

Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.

Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.

Kemuncak kepelikan

Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.

Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.

Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.

Kesimpulan

Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian ‘hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.

Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya

Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian). Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya?! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)

Ia juga termasuk dalam umum hadis ini

من غش العرب لم يدخل في شفاعتي ولم تنله مودتي

Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)

Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

24 Feb 08

Feb 25, 2008

SPR perkenal duti setem untuk banyakkan calon BN menang percuma?

Oleh :Tarmizi Mohd Jam(KLpos.com)
Isnin, 25 Februari 2008

KL: Apabila Pengawai Pengurus Pilihanraya bagi Parlimen Titiwangsa enggan memberikan kerjasama dengan pihak PAS ketika bantahan dibuat, maka tentulah terdapat "sesuatu isu" tersembunyi yang hanya mereka (SPR) sahaja yang tahu.

Jika kerja mereka (SPR) profesional dan telus, dan memang sebuah badan bebas tulen, maka tiada sebab pegawai yang bertugas tidak mahu menunjukkan atau membuktikan kepada calon PAS tentang dua bantahan serius yang dikemukakan.


Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" oleh Mahfuz Omar. Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu. Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN

Tiada salah dan cacatnya, jika mereka (SPR) menunjukkan Borang Pencalonan calon BN, Datuk Aziz Jamaluddin Md. Tahir kepada mereka yang membuat bantahan bagi mengesahkan sama ada benar atau tidak calon BN itu tidak mendutistemkan kertas pencalonannya.

Maka, apabila diminta untuk menyemak kesahihan borang itu, mereka (SPR) enggan menunjukkannya - tentu sekali ada yang tidak kena.

Maknanya, borang itu tiada duti setem yang boleh membawa kepada kertas pencalonan tersebut ditolak (jika mengikut pekeliling awal SPR bertarik 21 Februari 2008).

Sikap memihak SPR dalam bantahan berkenaan sama ada calon BN membayar wang deposit pencalonan bernilai RM10,000 menggunakan cek atau bank draf juga ditangani penuh prajudis.

PAS membantah kerana apa yang difahamkan pada peringkat awal, deposit calon BN dijelaskan melalui sekeping cek.

Ini tentulah bertentangan dengan peraturan kerana cek tidak boleh gunapakai sedangkan deposit mestilah dibayar terus ketika penyerahan borang pencalonan tersebut.

Penamaan calon jatuh pada hari cuti hujung minggu, Ahad. Semua bank tutup. Cek tersebut tidak dapat ditunaikan pada hari itu.

Sebab itu ia tidak boleh dibayar melalui cek, kerana tidak semestinya cek tersebut laku. Mungkin cek kosong! Siapa sahaja boleh mengeluarkan cek.

Lazimnya, untuk urusan jual beli, setelah cek benar-benar tertunai, maka barulah jualbeli itu sah. Produk boleh dihantar. Selagi cek tidak clear, maka tiada penghantaran produk dilakukan.

Apabila dibantah, timbul pula kononnya calon BN ini, menjelaskan wang deposit tersebut menggunakan bank draf. Tadi katanya menggunakan cek, kini bertukar sekelip mata.

Isunya, PAS mahu melihat sendiri sebagai pengesahan benar atau tidak, deposit itu dibayar menggunakan bank draf.

Sekali lagi, pegawai bertugas (SPR) enggan memberikan kerjasama yang sepatutnya diberikan kepada bantahan tersebut.

Di manakah nilainya sebuah "bantahan" jika si pembantah tidak dapat mempastikan hakikat sebenarnya dan SPR pula menyorok bahan bukti(pengesahan) yang sepatutnya boleh dilihat dengan mata si pembantah.

Mengapa perlu mengemukakan pelbagai alasan, dan enggan memberi kerjasama yang semudah itu?

Inilah satu lagi "ketololan" Rashid Abdul Rahman dalam mengendalikan SPR. Dan orang inilah yang sangat-sangat dimahukan oleh anak Badawi untuk menjaga badan bebas yang tidak bebas ini!

Apa yang terjadi pada hari penamaan calon, banyak kes dikatakan calon-calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka.

Walhal, sebelum itu, pekeliling telah dikeluarkan SPR agar semua kertas pencalonan mesti didutistemkan bagi melayakkan mereka menjadi calon. Ini katanya, kehendak perundangan!

Tanpa duti stem, pencalonan seseorang boleh ditolak. Jika pekeliling ini tidak "gila" maka Dr. Lo' Lo' Ghazali yang bertanding di Titiwangsa, sudah patut diistihar menang tanpa bertanding.

Seperti yang terjadi di Marang, Terengganu, kelima-lima calon BN tidak mendutistemkan kertas pencalonan mereka. PAS membuat bantahan berdasarkan pekeliling yang dikeluarkan oleh SPR itu.

Maka ketika itulah kononnya SPR sudah memansuhkan arahan yang tadinya dikenakan duti setem. Yang peliknya surat arahan dikeluarkan pada 23hb. Februari 2008 yang jatuhnya pada hari cuti hujung minggu, Sabtu.

Bolehkah surat rasmi kerajaan dikeluarkan pada hari cuti umum? Siapa pula mengeluarkannya? Lakukah surat itu?

Ini persoalan baru disebalik isu duti setem yang dipercayai akan meragut lebih banyak "nyawa calon" dari BN jika ia terus dilaksanakan.

BN dan calon-calonnya memang memandang enteng dalam soal teknikal ini, sebab itu calonnya di Dun Kijang terjerat dengan salahlaku kebankrapan.

Walhal, ia boleh dikesan tetapi calon dan BN Kelantan tidak boleh mengesan perkara ini? Jawabnya mudah, mereka tidak ambil berat!

Apabila niat asal untuk menjerat calon-calon pembangkang tidak kesampaian, maka pekeliling baru terpaksa dikeluarkan kerana sudah dihidu lebih ramai calon BN yang tidak berdutisetem.

Inilah demokrasi ala Malaysia. Dan inilah, Pengerusi SPR yang disifatkan "gila" oleh Mahfuz Omar... Dan Pengerusi SPR inilah yang telah menambah waktu mengundi di Selangor pada pilihan raya umum 1999 dulu.

Pada saya, secara peribadi, penama Tan Sri Rashid Abdul Rahman ini ada sesuatu yang "tidak kena" sama ada pada mentalnya mahupun pada hubungan kerjanya dengan BN...

Apa yang jelas, SPR dan dia tidak profesional, tidak telus, tetapi licik mengisi kepentingan tuannya dari BN!

Feb 22, 2008

Wanita Penyeri Hidup Lelaki.

Oleh : Bro_aiman

Assalamu’alaikum wbt,

Sahabat-sahabat yang dikasahi sekalian, pertama sekali dan selamanya marilah kita mengungkapkan rasa syukur kita kepada Allah Azawajallah kerana mengurniakan kita pelbagai nikmat, dimana jika kita hendak menhitung nikmat-nikmat Allah ini dengan daya yang kita ada maka sudah pastilah kita gagal untuk menghitungnya.Antara nikmat yang hendak dibicarakan dalam kesempatan yang ada ini ialah nikmat berkasih sayang atau bercinta.Sudah pastilah cinta kita, kasih kita yang paling utama ialah cinta kita kepada Allah Azawajallah.Cinta inilah cinta hakiki yang akan menjadikan kita sentiasa rindu dan terikat dengan Allah.Kecintaan kita kepada Allah mendorongkan kita menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalanNya di sepanjang masa.

Tetapi sahabat-sahabat sekalian, tidak dinafikan bahawa cinta kita kepada manusia merupakan satu fitrah kurniaanAllah kepada kita.Tetapi cinta yang sementara ini mestilah tidak menghalang kita daripada mencintai Allah.Dalam satu hadith yang sahih dimana Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wasallam bersabda dimana mahfumnya :

Barangsiapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman :
i) Jika ia mencinatai Allah dan Rasulnya mengatasi kasihnya kepada orang lain.
ii) Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
iii)Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekukufuran seabagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Wanita adalah pelengkap dan penyeri hidup lelaki.Malahan Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wasallam memartabatkan kaum wanita sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wasallam dalam satu riwayat yang sahih yang maksudnya :

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
(Riwayat Muslim, an- Nasai dan Ibn Majah)
Hadith ini jelas menunjukan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita.Jika dikaji dalam al-Qur’an, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting:
1) Wanita dianggap sebagai fitnah jika dia tidak dididik dan diasuh dengan acuan Islam yang sebenar.
2) Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan.
3) Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kasih sayang.
Wanita yang tadinya dianggap penyeri hidup lelaki boleh bertukar menjadi racun atau perosak kepada lelaki jika ia tidak dididik dan dibentuk dengan acuan Islam yang sebenar.Dalam hadith diatas Rasullullah menyatakan bahawa wanita solehah adalah perhiasan dunia tetapi jika wanita itu sebaliknya, maka tidak kerterlaluanlah untuk kita mengatakan bahawa wanita yang tidak solehah adalah peracun dan perosak dunia.

Wanita solehah yang digambarkan oleh Rasulullah tadi sentiasa menjaga adab dan maruah mereka walaupun dimana mereka berada.Mereka ini sentiasa menjaga aurat mereka daripada dilihat lelaki yang bukan mahram.Mereka ini sentisa menjaga adab dan maruah Islam dalam mereka bertutur, mereka tidak mudah untuk mengungkapkan kata-kata yang tidak soleh kepada lelaki yang bukan mahram mereka.

Dalam dunia percintaan remaja kita lihat siperempuan dengan mudahnya sanggup mengadaikan maruah mereka untuk membuktikan kasih dan sayang mereka kepada si lelaki yang mereka cintai walaupun kadang-kadang tidak disuruh berbuat demikian.

Apakah yang dimaksudkan mendidik wanita megikut acuan Islam yang sebenarnya ? Mendidik mengikut acuan Islam yang sebenarnya ialah mendidik dengan mengambil al-Qur’an dan as-sunnah yang dibawa Rasulullah dengan selengkapnya, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja dilupakan sebahagian yang lain, contohnya bab solat, puasa, zakat dan ibadah khusus yang yang lain kita mengambil mengikut al-Qur’an dan Sunnah tetapi bila bab aurat, bab pergaulan lelaki dan perempuan kita lupakan Qur’an dan kita lupakan Hadith, padahal peringatan-peringatan ini semuanya terkandung dalam Qur’an dan Sunnah.

Maka tidak mustahil lah ada segelintir perempuan yang kononya 'faham agama' tetapi sanggup menjual maruah mereka demi membuktikan cinta mereka kepada lelaki yang mereka kasihi, kita lihat si perempuan yang pada asalnya bertudung sanggup membuka tudung mereka untuk memperlihatkan fesyen rambut mereka yang kononnya lawa kepada si lelaki yang mereka kasihi.Selain itu juga siperempuan tadi yang kononnya 'faham agama' sanggup mengeluarkan tutur kata yang tidak mencerminkan wanita solehah kepada lelaki yang bukan mahram dimana ia tidak selari dengan syarak.Kita lihat remaja perempuan sekarang yang sanggup menghantar sms yang disi dengan tulisan-tulisan yang tidak soleh antara “saya sayang awak”, “i luv you very much”, “saya sayang sangat kat awak , awak sayang saya tak?” dan banyak lagi kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada bibir seorang perempuan yang digambarkan oleh Rasulullah tadi sebagai perhiasan dunia kepada lelaki yang bukan mahram.Wanita yang solehah tidak mudah mengeluarkan kata-kata ini kepada lelaki yang bukan mahram mereka.

Wahai sahabat-sahabat muslimah ingatlah peringatan Allah dal al-Quran dalam surah an-Nur ayat 31 ayang maksudnya

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dalam ayat diatas dapat difahami apakah yang dicirikan sebagai wanita solehah. Wahai mahluk Allah yang bergelar wanita janganlah menjadi perosak dunia tetapi jadilah perhiasan dunia yang digambarkan Rasulullah dalam hadith diatas tadi.

Begitu juga dengan lelaki, biar kita menjadi pelindung bagi wanita bukan menjadi agen perosak kepada waniata.Lelaki yang soleh adalah lelaki yang mengambil Islam secara keselurahannya tanpa menolak satu ayat pun dalam al-Quran dan as-Sunnah yang dipastikan sahih.Tajdid bukan hanya berlaku dalam soal ibadah khusus sahaja contohnya solat,puasa sahaja tetapi ia meliputi linkungan yang besar.Dalam kita sibuk meluangkan masa dalam mencari sunnah yang sebenar contohnya sunnah dalam bersolat antaranya sunnah untuk menqiamkan tangan di dada, sunnah untuk mencecahkan tapak tangan sebelum lutut ke tanah semasa hendak sujud ataupun sebaliknya, sunnah untuk mengangkat jari telunjuk semasa tasyahud samada mendiamkan ataupun mengoyangkannya dari awal hingga memberi salam dan banyak lagi.Perkara-perkara ini memang perlu dan wajib untuk diketahui oleh kita tetapi perkara ini bukanlah penyebab bagi melupakan pada ayat-ayat Qur’an dan hadith sahih daripada nabi tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Antaranya dalam surah an-Nur : 30 Allah berfirman yang mafhumnya
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
Seperti wanita solehah tadi, lelaki yang soleh juga tidak mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak soleh kepada bukan mahram mereka samaada dalam bentuk lisan mahupun tulisan contohnya sms.Lelaki yang soleh juga akan sentiasa menjaga pandangan mereka menuruti perintah Allah dalam ayat diatas tadi.Kepada Sahabat-sahabat sekalian , marilah kita membuka minda kita dalam memahami al-Qur’an dan as-Sunnah dengan sebenarnya.Sahabat-sahabat sekalian cinta kepada manusia merupakan satu fitrah kurniaan Allah kepada kita tetapi sejauh mana pengurusan cinta kita kepada manusia ini mengikut syarak.Fikir-fikirkanlah.

Rujukan :

(1) Apakah erti saya menganut Islam (Fathi Yakan)
(2) Curahan Kasih Suami (Mohd Subhan MA)
(3) Majalah i ( Bulan Januari dan Ogos 2007)
(4) Majalah Haluan ( Bulan Julai/Ogos 2007)

Feb 21, 2008

'Negara Berkebajikan'

Salmiyah Harun
Thu | Feb 21, 08 | 6:22:43 pm MYT

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - Manifesto PAS 'Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih Menuju Negara Berkebajikan' yang diuar-uarkan sebelum ini akhirnya dilancarkan oleh Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut petang tadi.

Dalam pelancaran manifesto itu, PAS menonjolkan Negara Berkebajikan sebagai satu tawaran untuk menunaikan keperluan rakyat dalam menghadapi penderitaan dalam semua aspek termasuk politik, ekonomi dan sosial.

Menurut Abdul Hadi dalam ucapan pelancaran, tanggungjawab menunaikan Negara Berkebajikan ini adalah lebih luas daripada istilah yang difahami di politik Barat 'welfare state.

"Walaupun sebahagianya dilaksana oleh negara-negar Barat, objektif yang dimaksudkan oleh PAS dalam negara ini adalah lebih luas," katanya.

Katanya, bagi merealisasikan tema ini PAS menonjolkan tiga ciri yang penting bagi pemerintahan dan pentadbiran negara iaitu beramanah,adil dan bersih.

Apa yang terkandung dalam 'Negara Berkebajikan', PAS melaksanakan tanggungjawab dengan memberikan pendidikan dan kesihatan secara percuma.

Bukan itu sahaja, Abdul Hadi turut menegaskan 'Negara Berkebajikan' juga hendaklah mengendalikan hasil negara iaitu kewangan dan segala punca ekonomi dengan cara amanah dan bersih daripada rasuah.

Dengan menghapuskan sifat rasuah ini, beliau juga yakin dan percaya PAS dapat mengendalikan hasil negara dengan baik dalam masa yang sama mendapat kepercayaan daripada masyarakat majmuk.

Dalam pada itu, Abdul Hadi menjelaskan Negara Berkebajikan yang ditawarkan oleh PAS turut menonjolkan aspek spiritiual yang berbeza seperti mana 'Walfare State' yang dibuat di negara Barat.

Menurut beliau, aspek spiritual itu merangkumi perhitungan dosa dan pahala di sisi Allah yang ada dalam ajaran Islam.

Dengan menerapkan aspek itu, beliau yakin rakyat akan selesa bukan sahaja kehidupan mereka bertambah baik bahkan akan wujud sifat toleransi antara satu sama lain.

ImageTurut serta dalam pelancaran manifesto PAS itu, Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkifli Ahmad; AJK PAS, Dr Mohd Hatta Ramli; Calon Putrajaya, Mohammad Nor Mohamad; Calon Kota Raja, Dr Mariah Mahamud dan Calon Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali.

Justeru, tegasnya, 'Negara Berkebajikan' akan memberi keberanian kepada rakyat berbagai kaum, akademik dan pakar-pakar untuk mengkritik dan memberi pandangan kepada kerajaan.

Oleh itu, katanya, demonstrasi jalanan tidak akan timbul bahkan demonstrasi akan dijalankan dengan aman begitu juga kebebasan media akan berlaku dengan sebaiknya.

Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar dalam ucapannya berkata, PAS mengemukakan manifesto pada hari ini untuk menjelaskan kepada rakyat supaya tidak timbul kekeliruan sebagaimana yang cuba dipropagandakan oleh parti lawan.

Beliau juga berharap, PAS akan dipilih dan diberi mandat oleh rakyat pada pilihan raya kali ini sekaligus akan melaksanakan apa yang terkandung dalam manifesto itu.

ImageAbdul Hadi turut menyerahkan manifesto kepada setiap wakil Dewan Muslimat, Pemuda, Ulama, jentera wanita muda, kelab penyokong PAS dan wakil kawasan.

Manifesto yang mempunyai 36 muka surat terdiri daripada 12 Teras, antaranya;

* Kerajaan Beramanah, Adil dan Bersih
* Pengurusan Berhemat (Pruden) Kekayaan Negara,
* Jaminan Keselamatan Nyawa, Kehormatan dan Harta Benda dengan Membenteras Jenayah.
* Pendidikan Menyeluruh Pemacu Perubahan
* Jaminan Perkhidmatan Kesihatan Rakyat
* Kebajikan Pekerja Sektor Awam dan Swasta
* Pembelaan Kebajikan Menyeluruh Mesra-Rakyat
* Tawaran Istimewa Bagi Kaum Wanita
* Memajukan Industri Pertanian sekaligus Membela Kaum Petani dan Nelayan
* Dasar, Etika dan Amalan Media Massa Adil, Bersih dan Demokratik
* Pemuliharaan Alam Sekitar
* Dasar Perpaduan Nasional. - mks.