Oct 28, 2008

Salam Perjuangan : Moga Berjaya Dunia Akhirat



Assalamu'alaikum wbt..

Salam Perjuangan buat semua, InsyaAllah dalam masa 1 atau 2 minggu lagi seluruh sahabat-sahabat di seluruh universiti di sekitar malaysia akan menduduki peperiksaan akhir sem.

Tidak lupa juga kepada adik-adik tingkatan 5 yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dalam masa terdekat ini.

InsyaAllah di utm ni peperiksaan akhir sem akan bermula pada 3 Nov -21 Nov 08.Maknanya di UTM 'study week' akan bermula 25 Okt ni.

Jadi di kesempatan yang ada ini , saya ingin mengucapkan selamat menempuhi peperiksaan kepada semua sahabat-sahabat dan adik-adik sekalin dengan ucapan " Moga Allah mempermudahkan segala urusan kalian".

Sahabat-sahbat dan adik-adik sekalin ingatlah menempuh peperiksaan ini merupakan salah satu medan perjuangan, tapi pastikan niat kita betul, setiap usaha kita adalah kerana untuk mendapat redha Allah Azawajallah.


InsyaAllah semester ini merupakan semester akhir saya di utm ini.Ada 3 kertas yang saya akan tempohi semester akhir ini.Doakan kejayaan saya, moga saya dapat buat yang terbaik dalam semester akhir ini sebelum saya melangkah ke alam pekerjaan dalam menjadi seorang guru.Jadual semester saya di bawah:

12 Nov 08, 9.00am - Modern Algebra
13 Nov 08, 2.30pm - Numerical Analysis
17 Nov 08, 2.30pm - Termodinamik

Akhir kalam, doakan saya moga Allah permudahkan segala urusan saya dalam menempuh peperiksaan akhir ini dan menempuhi alam pekerjaan dan berkeluarga yang akan mendatang nanti.

Salam Perjuangan Buat Semua.

Bro_aiman

.

Oct 23, 2008

Kisah seorang MB yang 'low profile'

"Nik Aziz Berehat di HUSM", itulah tajuk berita dalam Utusan Online yang aku baca pada hari Selasa yang lepas yang membuatkan hatiku terdetik untuk pergi melawat Tok Guru. Walaupun Tok Guru dah masuk hari Sabtu lagi, tapi seperti biasa, biasanya Tok Guru tak hebah-hebahkan kepada umum, sehinggalah dia betul-betul bersedia untuk menerima lawatan daripada orang luar.

Jam pada dekstopku menunjukkan pukul 12.30 tgh hari. Terusku bagitahu rakan-rakan chat melalui YM,

"sesiapa yang nak ikut Al pergi melawat Tok Guru, Jom kita g pukul 2.30 nanti"

Mesej yang ringkas, namun mendapat respon daripada ramai sahabat. Ada yang nak ikut, ada juga yang hanya minta dikirimkan salam saja kerana kesibukan jadual akademik mereka petang nanti.

"Ya, masih sempat untuk aku jumpa dan bertanyakan SU Politik Tok Guru kalau-kalau aku boleh melawat Tok Guru di wad pukul 2.30 petang nanti". Hatiku berbicara dengan penuh harapan.

Lantas aku memakai white coat yang tersangkut dalam almariku. Aku terus menuju kesana dengan keadaan tergesa-gesa.

"Tok Guru masih kat dalam ke?" aku bertanya kepada seorang stafnurse yang berada diluar Wad Eksekutif.

"Ya, nak jumpa dia ke?" Dia bertanya dengan muka yang ceria

"Erm..ya" Jawabku.

"Adik masuk la, tekan loceng tu, nanti orang kat dalam buka pintu tu ataupun masuk ikut pintu tepi sana. Pintu tu sentiasa terbuka"

"oh, ye ke?..Terima kasih kak" aku terus meminta diri dan menuju ke pintu tepi wad tersebut memandangkan aku segan nak tekan loceng pintu depan.

Jam menunjukkan pukul 1.05 tengah hari. Daripada luar bilik, aku dapat lihat tok guru kat dalam biliknya (bilik 3), bersama-sama dengan pembantunya melalui tingkap. Mereka sedang solat. Yang pastinya solat sunat, sebab pergerakan solat pembantu Tok Guru tak ikut pergerakan Tok Guru ketika solat.

Terus ku menuju ke pantri wad untuk mencari sumber air, untuk aku mengambil wuduk. Selesai aku wuduk, aku ditegur beberapa orang staffnurse. Sambil mereka senyum tanda mereka pelik dengan gelagatku mereka menyapa,

"adik ambil wuduk kat mana?, kenapa tak ambil wuduk kt surau depan tu?"

Jawabku "Saya ambil wuduk kat pantri, tak tahu pulak ada surau kat depan tu"

"Kak, dekat mana ada sejadah?...saya nak solat dengan Tok Guru"

"Adik ambil kat dalam surau depan tu" Jawab mereka dengan penuh mesra.

Terus ku bergegas mengambil sejadah dan menuju ke bilik Tok Guru. Dalam perjananan kesana, aku terserempak dengan Anuar Bakri (setiausaha Politik Tok Guru). Dengan perlahan-lahan, pintu bilik dibuka, aku tak nak kalau-kalau konsentrasi Tok Guru yang sedang solat itu terganggu. Setelah selesai solat sunat, pembantu Tok Guru bangun untuk menghamparkan sejadah untuk aku & Anuar Bakri.


Setelah iqamah, Tok Guru mengimami Solat Zohor berkenaan. Indahnya saat-saat itu tidak dapatku gambarkan. Ya benar, aku akui sebagai seorang rakyat Kelantan, aku dah biasa solat dibelakang Tok Guru, tapi hari tu sangat berbeza. Sangat berbeza, tapi aku tak tahu macam aman nak gambarkan perbezaannya.

Beberapa ketika setelah selesai solat, kami diberitahu yang wakil-wakil rakyat pembangkang (UMNO) nak melawat Tok Guru. Tak lama selepas itu, mereka yang diiringi oleh beberapa orang kenamaan universiti termasuk Dr Zaidun (pengarah hospital) serta wakil-wakil media sampai & terus masuk ke bilik tok Guru.

"Awak incharge Tok Guru ke?" Tanya Dr Zaidun kepadaku.

"Bukan, saya datang melawat je" Aku terus menjawab tampa berfikir panjang. Aku cuba mengelak daripada ditanya apa masalah Tok Guru. Mungkin itu jawapan yang paling selamat.

Beberapa minit selepas itu, aku dipanggil oleh salah seorang stafnurse wad 2TD untuk keluar daripada wad.

"Adik keluar laa dulu ye, akak takut jadi apa-apa je. Tadi Dr Zaidun dah pelik kenapa adik ada kat dalam"

Memahami mesej stafnurse tu, aku terus mengangguk tanda setuju dengannya. Tampa berfikir panjang, aku meminta supaya stafnurse berkenaan ambil beg yang ku tinggalkan atas kerusi dalam bilik Tok Guru. Bukan soal takut di black list, tapi kita diajar untuk berhati-hati. Semua dah tahu yang namaku bukan sahaja di black list, tapi dah di green listkan. Kenapa?..Wallahu'alam.

Peninggalanku hanya untuk seketika sahaja, pukul 2.15 aku kembali semula kebilik Tok Guru. Waktu tu ada beberapa orang sedang melawat Tok termasuk ahli keluarganya sendiri. Aku terus menuju kearah mereka, lalu bersalam-salaman dengan semua yang ada. Mereka melayan mesra diriku seolah-olah aku doktor yang merawat tok guru. Walaupun mereka menyedari yang aku hanyalah seorang siswa kerana waktu itu aku memakai kot putih dengan tag nama yang tertera no 5 (tahun 5)

Setelah lama masa berlalu, mereka semua meminta izin untuk mengundur diri. Mungkin mereka punya urusan lain yang perlu diselesaikan.Bila mereka semua keluar dari bilik Tok Guru, tinggallah kami bertiga (Tok Guru, setiausaha sulitnya dan diriku).

"Aku mesti ambil peluang ni..." Hatiku berbicara.
Ya, mungkin inilah satu-satunya kesempatan yang ada untuk berbicara dengan Tok Guru. Namun malang nasibku, belum aku membuka bicara, seorang attendan berbaju biru dengan menolak satu kerusi roda tiba-tiba masuk ke bilik Tok Guru.

"Nak pergi fisio ke?", Tanya Tok Guru.
"Ya" Jawab attendan berkenaan
Aku melihat jam pada handphoneku, jam menunjukkan pukul 2.40.

"Kelas start pukul 3.30, insyaAllah masih sempat" Sekali lagi hatiku berbicara.

"Boleh ke kalau saya nak ikut?"
Aku meminta izin untuk ikut serta ke tempat fisio. Katanya
"Takde masalah".
Mungkin itu kata-kata yang membuatkan hatiku kembali gembira.Lantas, aku cuba membantu Tok Guru bangun dari tempat duduknya ke kerusi roda. Setelah semuanya dah bersedia, kami bergerak menuju ke bilik rawatan fisioterapi yang lokasinya dipindahkan buat mementara waktu ke tingkat bawah hospital (bersebelahan dengan bilik mayat).

Kagum dengan tok guru

Tiada bodyguard, tiada polis, itulah Tok Guru. Aku tahu, mungkin ada yang melahirkan rasa pelik apabilaku ceritakan yang Menteri Besar kami apabila nak kemana-mana tak perlukan pengawal keselamatan peribadi, yang aku tahu, itulah Nik Aziz, seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. Semua rakyat kagum kepadanya tak kira kawan mahupun lawan. Bagi Tok Guru, cukuplah Allah sebagai pelindung.

Kami berempat -melainkan Tok Guru- berjalan melalui kaki lima bangunan Hospital menuju ke lif bersebelahan dengan pintu masuk ke wad 2 Intan (wad bedah). Pakcik dan makcik yang sedang berekat dikaki lima berkenaan tersenyum apabila mereka melihat Tok Guru berkerusi roda merentasi mereka.

Setelah kami berada ditingkat bawah, menuju ke bilik fisio, aku terserempak dengan dua orang siswi wanita rakan sekelasku.
"Kelas pukul 3.30 ptg kan?" Aku cuba mengalihkan perhatiannya.
"Ya" jawab mereka kehairanan.
Setelah pintu bilik fisio dibuka, kami lihat didalamnya ramai sangat pesakit yang sedang menunggu untuk rawatan. Kami terus menuju ke bilik sebelah kiri pintu berkenaan menuju ke bilik fisio. Disana en. Syaiful dengan mesra membawa Tok Guru ke salah satu katil didalamnya untuk dimulakan rawatan.
"Boleh saya masuk sekali?" Aku meminta izin daripada en. Syaiful.
"Ok..." jawabnya.
Setelah Tok Guru berbaring diatas katil, aku membantu en. Syaiful menutup tirai untuk privasi. Di dalamnya hanya tinggal kami bertiga, aku, Tok Guru & en. Syaiful. Su sulit Tok Guru & attandan tunggu di luar.Gel disapu dibahagian belakang lutut kiri Tok Guru sebelum rawatan ultrasound dimulakan. Masa di set kan selama lima minit
"Apa sebenarnya masalah Tok Guru ni abg Syaiful"?
Sambil menggerakkan-gerakkan alat ultrasound kiri popliteal area en. Syaiful menjawab
"Tok Guru ada sebaceous cyst" jawabnya ringkas.
"Semalam besar & agak keras, tapi hari ni dah kecil & lembut sikit, ada improvement" sambungnya lagi.
Selesai membuat rawatan ultrasound, en. syaiful teruskan dengan eksesais sendi lutut sambil berbaring dengan di letakkan pemberat dihujung kedua-dua belah kaki. Berat jugak pemberat tu. Kalau aku buat eksesais nipun rasanya boleh letargik jugak ni. Walaubagaimanapun tok guru masih mampu melakukannya hampir 60 kali. Kuat lagi Tok Guru nampaknya.

Setelah selesai dilakukan eksesais lutut secara berbaring, en. Syaiful meminta Tok Guru lakukan sambil duduk pula. Ketika nak bangun daripada berbaring, Tok Guru mengadu pening kepala. Pada pandanganku, mungkin ia disebabkan Tok Guru bangun dengan cepat daripada keadaan berbaring ke keadaan duduk menyebabkan darah mengalir ke otak berkurangan. Itu sebabnya Tok Guru rasa pening-pening. Rasanya kejap lagi insyaAllah hilang rasa pening kepala Tok Guru tu.

En. Syaiful mengajar teknik bagaimana nak meningkatkan kadar pengaliran darah ke otak."Tok Guru buat macam ni" Katanya sambil caranya kepada Tok Guru. Kepada digerakkan ke belakang. Mungkin sukar untuk ku jelaskan bagaimana. Setelah rasa pening hilang, tok guru mengulangi eksesais lutut sambil duduk.

Setelah rawatan dibilik fisioterapi selesai, kami bergerak kembali ke wad eksekutif. Jam pada hand phone ku menunjukkan pukul 3.50 petang. lagi 15 mint kelas nak mula."insyaAllah sempat lagi" aku tenangkan hatiku yang gelisah takut kalau-kalau tak sempat.

Sampai di wad berkenaan, Tok Guru disambut oleh beberapa orang tetamu yang sedang menunggu setia.Antaranya adalah seorang pensyarahku yang namanya terpaksa ku rahsiakan. Lebih kurang 10 minit kemudian, aku meminta diri daripada Tok Guru.
"Tok guru, ana mintak diri dulu, ada kelas"
Sambil tersenyum tok guru menjawab
"Ya..ya..terima kasih banyak"
"esok insyaAllah kalau sempat ana datang lagi" jawabku dengan hati yang penuh kegembiraan
Bersambung..




.

Qada' dan Qadar. Keyakinan kita padanya



ERTI DAN BAHAGIAN QADA DAN QADAR

Qada bermaksud pelaksanaan. Adapun qadar bermaksud sukatan.

Firman Allah Taala bermaksud:
Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.

(Surah al-Anaam: ayat 59).
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.

(Riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tarmizi).

SEMUA PERKARA DI DALAM PENGETAHUAN ALLAH TAALA


Segala perbuatan hamba adalah diketahui oleh Allah Taala melalui ilmu-ilmuNya. Hanya ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya yang lemah. Kerana itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepadaNya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

ANTARA BENTUK KETAATAN


Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala.

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.
(Surah al-Baqarah: ayat 186)
SENTIASA BERUSAHA DAN BERDOA

Setelah diketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah Taala maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah Taala. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah Taala jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.

Firman Allah Taala bermaksud:

Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.

(Surah ar-Rad: ayat 11)

KONSEP QADA DAN QADAR

Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:

1.Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
2.Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
3.Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
4.Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.

PERINGATAN

Peringatan daripada dalil hadis di bawah ini dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakkan para tok guru kita cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam.

PENUTUP

Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.

Sumber : www.iLuvislam.com

Cinta vs.Suka



Oleh: nuQman

Sumber : www.iLuvislam.com

Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan berdegup kencang.
Tapi di depan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

Di depan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga.
Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku.
Jikalau kita melihat mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata.
Di depan orang yang kita suka, lidah bebas berkata apa sahaja.

Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu.
Di depan orang yang kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

Kita tidak boleh merenung mata orang yang kita cinta.
Tapi kita selalu merenung mata orang yang kita suka.

Bila orang yang kita cinta menangis, kita akan turut menangis.
Bila orang yang kita suka menangis, kita akan membuat dia gembira.

Perasaan cinta bermula dari kata.
Perasaan suka bermula dari telinga.

Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka. Umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika kita cuba menutup mata. Cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Cuma fikirkanlah bersama-sama siapa yang anda cinta.

Ikhlas dari,

Bro_aiman

Oct 22, 2008

22 Okt 08 : Selamat Ulangtahun Perkahwinan kali ke-25


Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke-25 diucapkan kepada Cik Alleh dan Cik Shidah. Semoga ulangtahun perkahwinan yang kali ke25 ini menambahkan lagi kasih sayang antara cik shidah dan cik Alleh

Rizal doakan perkahwinan cik shidah dan cik alleh akan lebih bahagia selepas ni dan berpanjangan dibawah rahmat Allah Azawajallah di dunia ini dan di akhirat kelak.

Doakan rizal agar berjaya di dunia dan akhirat dalam mencapai cita-cita dan kebahagian hidup dalam perkerjaan, berkeluarga dan yang paling penting menjadi hamba yang taat kepada Allah Azawajallah.

Salam Sayang daripada,

Bro_aiman

.

Oct 21, 2008

Kahwin Awal : Antara Kemahuan dan Redha


ingat, syaitan pandai menipu kita yang muda2 ni

Oleh : umar alfateh
"Pokwe, nak tanye sket...Apa pendapat ko kalau aku kahwin senyap-senyap??"

‘Hmm...sebelum tu, aku nak tanye ko dulu soalan ni. Apa pendapat ko misalkata ko ni seorang ayah, dan tau-tau je, anak ko dah kahwin tanpa pengetahuan ko??..Apa ko buat??'

Sunyi sepi....

"Ala, aku bukan apa, dah setahun dah aku pujuk mak ayah aku nak kahwin, diorang tak bagi, terutama mak aku."

'Hmm...ade ko tanya kenapa mak ko tak bagi?'

"Itulah, aku dah tanya, alasan dia, suruh habis belajar dulu. Lepas tu, baru boleh nak fikir pasal kahwin-kahwin ni.."

‘Aku tak rasa satu tu je sebab yang mak kau tak nak bagi..Ko kena fikir dalam-dalam pandangan seorang ibu ni macamana..'

"Aku tak fahamlah mak ayah zaman sekarang ni, diorang tak faham keadaan kita. Aku takut tak dapat kawal diri je ni, tu yang aku fikir nak teruskan niat aku"..

Serba sedikit dialog yang pernah terjadi suatu ketika dahulu. Konflik tentang perkahwinan, sentiasa membelenggu para pemuda zaman ini. Antara kemahuan diri dan restu keluarga, sentiasa membelenggu pemikiran anak-anak muda, lebih-lebih lagi yang sedang hanyut dibuai cinta.

Mengapa Dihalang?

Inilah antara persoalan utama yang menjadi titik punca. Pandangan seorang ayah, selalunya dalam hal perkahwinan anak-anak mereka sangat ringkas dan tidak banyak kerenah. Kalau ada pun, hanya berkaitan dengan soal calonnya, berkenan atau tidak , dan selalunya apa yang menjadi pilihan si anak, ayah akan bersetuju. Apa yang dirasakan oleh si ayah, adalah mungkin sudah sampai masanya si anak belajar untuk membina keluarga sendiri.

Berbanding si ibu. Ibu , mendengar namanya sudah sayu. Dialah yang membesarkan, dialah yang mengandungkan kita, dialah yang menyusukan kita, dan ada kala, ketika si ibu sedang makan, terdengar sahaja rengekan anak kecil, anak disegerakan jamahan makanan itu, tetapi selalunya akan ditinggalkan terus juadahnya hanya untuk anak tercinta. Seorang ibu, membesarkan anak-anaknya sepenuh kasih sayang yang ada padanya. Sedihnya anak, pilu baginya, gembira si anak, senyuman dibibirnya, bak kata, setiap perilaku si anak, semuanya berbekas di hati seorang ibu.

"Mak kau tak bagi mungkin sebab sayang sangat kat kau kot, tu yang tak nak lepas tu"

Mungkin ada benar dan mungkin perlu diselidik apa yang menyebabkan terhalangnya kita meneruskan hasrat untuk berumah tangga. Seorang ibu, jarang menolak permintaan anaknya. Buruk-buruk anaknya, itulah buah hatinya. Sebut sahaja permintaan dari si anak, nak masak lemak la, nak nasi beriyani la, nak jajan ( makanan ringan ), apa sahaja kalau dihitung pasti kita akan mengakui seorang ibu jarang menolak permintaan anaknya. Tetapi, mengapakah pada permintaan yang satu ini sangat susah baginya untuk dia menyatakan persetujuannya?

Seorang ibu, apabila dia menyatakan ketidak setujuannya, pasti ada sesuatu yang tersimpul di sebalik itu. Seorang ibu, apabila menolak permintaan anaknya untuk mendirikan rumah tangga, dia tahu anaknya belum tiba masa lagi untuk diteruskan hajatnya. Ketika ini, apa yang bermain di fikirannya, apakah anakku ini boleh menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab? Mungkin soalan ini timbul kerana, dia akan membandingkan sikap suaminya (ayah kita) dengan sikap kita. Jika dia tidak bersetuju, pasti ada yang kurang pada diri kita yang menyebabkan kurangnya keyakinan dia untuk bersetuju dengan hasrat kita.

Bagaimana sikap Kita ?

Selepas subuh, tarik selimut kembali. Selepas makan , letak pinggan di dalam sinki sahaja, mengharapkan ada orang tolong basuhkan. Baju-baju kotor dibiarkan sahaja bersepah tanpa ada inisiatif untuk basuh. Jika inilah sikap kita di rumah, bagaimanakah seorang ibu mahu membenarkan anaknya untuk mendirikan rumah tangga jika dirinya tidak ada sifat bertanggungjawab sekurang-kurangnya pada diri sendiri, inikan pula bila sudah berumah tangga...

Sikap yang ada ini perlulah diubah dalam memberikan keyakinan si ibu bahawa anaknya sudah kenal erti tanggungjawab. Balik rumah , dalam seminggu dua, pujuklah hati si ibu dengan kerja-kerja rumah yang dilakukan. Unjurkan apa sahaja kerja-kerja rumah dari ibu, bahawa biar sahaja kita yang buat. Belikan sedikit cendera hati pada ibu, untuk menarik hatinya. Bila balik rumah, salam tangan ibu, cium tangan ibu. Kalau boleh buat lebih lagi, kucup pipi ibu, bisikkan pada telinganya ‘bang cik sayang mama'. Usahakan cara-cara yang boleh menarik hati ibu ataupun ayah. Keras mana hati ibu untuk melepaskan kita, pasti akan lembut jua akhirnya jika kita memujuk dengan kerja-kerja, kata-kata kita, dan yang terpenting bahawa kita takkan melupakan mereka walaupun sudah berkahwin nanti.

Mengapa Mahu Tergesa-gesa?

Leceh. Mungkin itulah antara yang terbit dari mulut kita bila diberikan penyelesaian untuk masalah yang timbul. Tetapi, perlu ditanya semula, mengapa mahu tergesa-gesa? Mungkin dengan kelecehan itulah, tersingkap suatu keberkatan. Perkahwinan bukan hanya kita berkahwin dengan pasangan kita, tetapi kita juga 'berkahwin' dengan keluarganya. Selain itu juga, kita membesarkan keluarga kita. Kalau sebelum ini, kita hanya ada 3 orang adik, selepas berkahwin, ada 10 orang adik, sebelum kahwin , hanya ada seorang ibu dan seorang ayah, tetapi selepas berkahwin, kita ada dua orang ayah dan dua orang ibu. Dengan kata lain, keluarga kita membesar. Dengan membesarnya keluarga ini, benda paling utama kena jaga adalah hati.

Jika dengan kahwin senyap-senyap itu boleh menyelesaikan ‘perasaan' itu, boleh mengelakkan zina, maka itu hanya satu segi. Tetapi mengapakah dalam bab ini, kita membelakangkan keluarga yang selama ini membesarkan kita? Kita sanggup bersama pasangan kita yang hanya dikenali tidak terlalu lama, dan membelakangkan kasih sayang yang selama ini dicurahkan kepada kita sejak kecil?

Kita mudah mendapat syurga, tetapi kita ikut jalan yang tidak membawa ke syurga. Syurga ada pada ibu, tetapi kita tidak cuba mendapat syurga itu. Redha Allah pada redha kedua ibu bapa, maka apakah dengan membelakangkan keluarga dalam hal membina keluarga ini kita akan mendapat redha Allah pada keluarga yang kita mahu bina itu? Perkahwinan bukanlah sehari dua, tetapi kalau boleh sehingga hujung nyawa dan sehingga ke syurga. Jika berkahwinnya dengan tergesa-gesa itu atas alasan kerana tidak mahu terjebak dengan zina atau dengan kata lain, kerana nafsu, maka renunglah kembali. Selama manakah nafsu itu akan bertahan. Apakah sampai mati? Apakah kesabaran dalam berpuasa itu tidak boleh mengatasi nafsu yang mengawal diri, aduh, sungguh lemah dirimu.

Jika perkahwinan itu dibina atas agama, maka agama tidak akan terlepas dari diri kita sehingga ke syurga kelak. Setiap hari seseorang itu perlukan agama. Agamalah yang membimbing manusia. Apakah kita mahu membimbing anak-anak dengan nafsu atau agama? Perkahwinan yang dibina di atas kecil hati keluarga, kejayaan rumah tangga yang dibina sangatlah tipis berjaya. Tidak ada bukti bahawa perkahwinan yang dibina di atas tergurisnya hati keluarga membina keturunan yang memberi manfaat pada masyarakat. Jika kita berkahwin di kala ini tanpa pengetahuan ibu dan ayah, maka bolehkah kita boleh menjamin anak-anak yang akan dilahirkan dari sulbi isteri kita tidak akan mengulangi apa yang kita lakukan pada ibu bapa kita? Mungkin ianya boleh jadi, lebih teruk dari apa yang kita lakukan pada kedua ibubapa kita?

Bagaimana Jika Sudah Terjadi

Perkahwinan yang telah berlaku tanpa pengetahuan ibu bapa, eloklah dibawa berbincang kembali dengan kedua ibu bapa. Cubalah sedaya mungkin untuk mengambil hati mereka yang terguris. Mohonlah kemaafan dari mereka. Ceritakan kesilapan yang dilakukan bahawa memang betul-betul kesilapan kita. Pokok utama disini, adalah perbincangan dua mata antara kita dan kedua-dua belah keluarga. Mungkin kesilapan yang yang dirasakan kecil itu,boleh menyebabkan dua keluarga berperang. Berbincanglah dengan nada merendah diri, akui kesilapan yang dilakukan. Moga dengan kesilapan yang dilakukan itu, mematangkan lagi kita. Manusia bukan makhluk sempurna, tetapi ketika melakukan kesilapan itulah yang perlu difikir semula dimana silapnya selama ini.

Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah , bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah agar kita untuk menilai kita sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua benda yang berlaku di atas muka bumi ini, ada sebab musababnya. Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul. Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.

Sumber : www.iluvislam.com

Oct 20, 2008

Pahit Manis Alam Pertunangan

Alhamdulilah setelah semua selesai, semua jelas. Kami sepakat bertunang baru-baru ini. Sebelum itu, tunang telah memberitahu bahawa dia tidak suka jika kami kerap berhubung lantaran tiada ikatan yang sah. Tunang juga berkata, jika tiada apa-apa tak perlu lah ber”msg”..

Sepanjang Jun hngga Oktober ..ana dan tunang cuma bertemu sekitar 3 kali. Itu pun di rumah keluarga ana. Ana sangat kagum dengan akhlak tunang. Mak dan Abah pun suka apabila dia mengimamkan solat ketika di rumah kami.

Sejak pertemuan kami Jun lalu, tunang tidak pernah menelefon. Namun, ana faham mengapa tunang tidak menelefon. Telah diterangkan kepada ana pada pertemuan yang kedua.

Pendek kata, ana tidak gusar dan bimbang dengan dia. Namun, sejak akhir-akhir ini, sangat bimbang di hati ana. Ana pun tak tahu kenapa.

Alam Pertunangan Yang Menguji

Tahniah saya ucapkan kepada setiap pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan. Sama ada sudah melangsungkan majlis pertunangan atau belum, pokoknya setiap pasangan yang telah mengikat janji setia itu sudah pun bertunang.

Seperti mana-mana perhubungan sesama manusia, tiada bezanya alam pertunangan dengan persahabatan atau sesama suami isteri, sentiasa penuh dengan ujian dan perasaan. Bezanya sepasang yang bertunang dengan sepasang suami isteri ialah mereka terbatas sebagai pasangan yang bukan muhrim.

Perasaan sayang yang terbina dan terkumpul selepas ikatan janji dimeterai adalah lumrah alam ataupun sunnatullah. Amat mustahil sedikit perasaan pun tidak ada di dalam hati. Ia hanya dapat disyariatkan dengan akad nikah.

Di sinilah Islam menggalakkan agar dipercepatkan alam pertunangan itu.

Apa yang boleh dilaksanakan semasa di alam pertunangan ini ialah kedua-duanya harus sentiasa berbaik sangka. Dibuangkan segala prasangka yang buruk yang merugi lagi melalaikan.

Tujuan Berkomunikasi

Tidak salah berkomunikasi jika tujuannya betul. Perbincangan seperti tempoh pertunangan, urusan perkahwinan, perancangan tempat tinggal selepas perkahwinan , perancang keluarga itu perlu.

Kita bukan sahaja hanya dibenarkan berjumpa di rumah perempuan, kita juga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki. Saya rasa ini tidak salah lebih-lebih lagi zaman sekarang ini ramai lelaki (dan juga perempuan) yang bertopeng. Seorang lelaki mungkin sudahpun beristeri semasa melamar seseorang perempuan. Tunang perempuan dan keluarga boleh bertandang ke rumah keluarga lelaki bagi merapatkan hubungan asalkan mendapat persetujuan keluarga lelaki. Kalau keluarga lelaki setuju tetapi mendapat tentangan dari tunang (lelaki), maka mungkin ada udang di sebalik batu!

Pada budi bicara saya, hadiah dibenarkan sebagai tanda peringatan. Maka, tidak salah kita berberi bagi merapatkan hubungan. Mungkin di sini hikmahnya cincin pertunangan itu walaupun setakat ini saya belum lagi menjumpai hukum sebenar pemakaiannya.

Berikut sedikit petikan perihal pertunangan yang saya ambil daripada http://saifulislam.com/?p=1261

Dalam usaha untuk menjaga batas-batas agama, kerana seorang tunang dengan tunangnya masih tetap warga asing yang ajnabi, kadang-kadang banyak persoalan pelik yang ditimbulkan.

Soal berapa kali agama membenarkan sms, menunjukkan unsur-unsur robotik dalam kefahaman pelajar tersebut tentang mengukur komitmennya dalam beragama.

“Bukankah Nabi SAW sudah mengajar kita, bahawa hati ini tenang dengan kebaikan, dan gelisah terhadap dosa dan kejahatan”, saya menyambung peringatan.

Mintalah fatwa dari hati… di samping hati itu juga pula sentiasa berada dalam nada sedar yang baik terhadap Allah SWT.

Antara hikmah bertunang ialah untuk saling belajar mengenal, insan baru yang bakal menjadi teman seumur hidup. Tetapi proses kenal mengenal itu masih dalam keadaan kedua-duanya adalah pasangan yang belum ada ikatan yang menghalalkan pergaulan. Maka bijak-bijaklah dalam mengatur.

Telefon, email, sms… tanya khabar.

Cuma bersederhanalah.

Bila hati rasa tidak kena, semacam agak berlebihan dan tersasar dari maksud-maksud yang maaruf, belajar tekan brek dan kawal stering. Itu sahaja.

Terutamanya ketika menjelang perkahwinan. Banyak perkara yang harus dibincangkan. Maka berbincanglah… dan kemaskan sistem kawalan diri.

Berbincang tentang syariatullah, berbincang tentang sunnatullah.

Akhir kata dari saya, tenangkan diri dengan doa dan solat. InsyaAllah perbuatan yang baik akan dibalas dengan kebaikan. Kalau jodoh tetap jodoh. Kalau bukan, itulah yang terbaik buat kita.

Wallahu a’lam.

UMMUSAIF.COM
56000, Cheras

Click here to visit Ummu Saif
Sumber : UMMUSAIF.COM

Oct 19, 2008

Gambar-gambar kenangan

Bersama sahabat tercinta di hari konvo kawan2.
Dari kiri, saya, fadhli dan akmal

Bergambar dengan kawan-kawan fakulti di hari konvo.
Dari kiri muslim, saya (yang belum konvo tapi gatal2 pakai gak he3 jgn marah), arip dan mi


Bersama sahabat-sahabat haluan di gerai pesta konvo.

Oct 18, 2008

Soalan Pilihan Bersama al-ahkam.net

Soalan : Minta penjelasan mengenai hukum seorang perempuan berambut pendek tetapi dia bertudung litup. Adakah ianya menyerupai kaum lelaki dengan berambut pendek?



Jawapan
: Tidak halal bagi wanita memotong rambutnya sehingga menyerupai lelaki. Kerana syarak melarang wanita menyerupai lelaki, dalam hadis:

لعن رسول الله صلى الله عليه و سلم المتشبهات بالرجال من النساء والمتشبهين بالنساء من الرجال

Maksudnya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam melaknat wanita yang meyerupai lelaki, dan lelaki yang menyerupai wanita.
Direkod oleh Abu Daud (no: 4099) dan Tirmizi (no: 2784). Dinilai sahih oleh Tirmizi.

Kata Syeikh Uthaimin: Perbuatan wanita memotong rambut sehingga menyerupai lelaki adalah termasuk dalam dosa-dosa besar.

- Hukum ini tidak berbeza antara yang mendedahkan rambutnya d hadapan orang lain, atau tidak mendedahkan rambutnya. Bagi yang mendedahkan rambutnya, dosanya lebih besar kerana membuka aurat.

- Adapun memotong rambut yang panjang supaya menjadi lebih pendek, tanpa menyerupai lelaki maka tidak ada larangan daripada syarak.

Dalam Sahih Muslim:
وكان أزواج النبي صلى الله عليه و سلم يأخذن من رؤوسهن حتى تكون كالوفرة

Maksudnya: Para isteri Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam menipiskan sedikit rambut di kepala mereka, sehingga menjadi seperti 'wafrah' (iaitu rambut yang tidak melebihi telinga).
(Sahih Muslim no: 320)

Kata Imam Nawawi: Hadis ini menunjukkan harus menipiskan rambut wanita.
(Syarah Sahih Muslim 4/5)

Wallahu A'lam


Sumber : http:// al-ahkam.net

Oct 13, 2008

Perkahwinan :Tertautnya Ikatan Kasih Filah Abadan-abada



Syaikh Ibn Baaz berkata :

Adalah wajib mempercepatkan perkahwinan. Tidak patut seorang pemuda menangguhkan perkahwinan kerana pelajaran. Dan tidak wajar seorang pemudi menangguhkan perkahwinan kerana pelajaran. Perkahwinan tak menghalang pelajaran.

Seseorang pemuda boleh berkahwin, menjaga agamanya, akhlaknya, menundukkan pandangannya dan pada waktu yang sama meneruskan pembelajarannya. Begitu juga seorang pemudi apabila Allah memudahkannya bertemu pasangan yang sesuai maka hendaklah dipercepatkan perkahwinan walaupun sedang belajar tidak kira di sekolah menengah atau di institusi pengajian tinggi....

Saya nak syorkan sahabat-sahabat semua dapatkan buku tulisan Ustaz Hasrizal Abdul Jamil (Abu Saif), penulis laman web SaifulIslam.com

Buku tersebut ialah : Aku terima Nikahnya

cover_01.gif


cover_03.gif

"Melihat perkahwinan sebagai untuk MEMBERI,akan menjadikan kita lebih memikirkan soal PERANAN dan bukannya HAK yang tidak berkesudahan."

Alahamdulillah buku ni saya dah baca, sekarang ini masuk pusingan ke2 dah untuk dibaca semula.Buku ini mengisahkan perkongsian ustaz Hasrizal sendiri dimana sesuai untuk semua lapisan masyarakat tanpa kira yang muda atau tua..terutamanya golongan remaja.. Dan buku ini paling sesuai bagi mereka yang diambang perkahwinan.

Ingatan ikhlas :
Bro_aiman

Download : Kuliah Ustaz-Ustaz Sunnah



Dalam penncarian saya, saya telah menemui satu blog dimana terdapat mp3 kuliah-kuliah ustaz-ustaz sunnah antaranya :

1) Maulana Muhammad Asri Yusoff
2) Dr. Abdul Basit Abdul Rahman
3) Ustaz Zahazan Mohamed
4) Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
5) Ustaz Zaharuddin Abd Rahman (UZAR)
6) Ustaz Shamsuri Ahmad

Anda boleh download kuliah-kuliah ini di :

Oct 11, 2008

Oct 8, 2008

9 Oktober 2008 : Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Kali ke-24


Buat yang diIngati selalu tanpa jemu,

Selamat Hari Lahir yang ke-24. Semoga dipanjangkan umur dan dilanjutkan usia dalam terus menghadapi liku-liku kehidupan ini di bawah payung rahmat dan redha Allah Azawajallah.

Sesunguhnya bertambahnya usia kita ini menginggatkan pertemuan kita dengan KEKASIH kita Allah Azawajallah.Sesungguhnya kita tidak tahu bila kita akan bertemu denganNya.Oleh itu tidak ada masa untuk kita mencuba tetapi kita perlu bersedia menghadapinya.

Wahai hamba Allah yang ku Rindui Fillah,

Sesungguhnya kehidupan ini seperti roda, kadang-kadang kita di atas dan kadang-kadang kita di bawah, ada masa kita senang dan ada masa kita susah.

Ingatlah sesungguhnya kesusahan dan kesenangan yang kita perolehi ini semuanya datang daripada Allah Azawajal.Setiapnya adalah nikmat dan ujian kepada kita.Adakah kita dikatakan beriman jika kita tidak diuji oleh Allah Azawajallah.Maka terimalah setiap ujian itu sebagai satu hikmah dalam membimbing dan mentarbiyah diri kita.




Wahai Pencinta Islam yang dikasihi Fillah,

Sabarlah dan teruslah berdoa moga dipermudahkan segalanya. InsyaAllah akan sampai jua 1 hari yang amat bermakna buat kita.Hari yang ditunggu-tunggu dimana tertautnya ikatan Filah abadan-abada, Amin. Dalam firman Allah :


Ingatan Tulus Ikhlas :
Bro_aiman

.

Puasa Sunat Syawal, Ganti & Ziarah

seni islam

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

Sumber : http://www.zaharuddin.net/

Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.

" kau , dah hari ker berapa dah?"

"aku dah 5 hari dah ni"

"esok aku raya (sunat syawal)"

Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.

Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.

Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.

Ziarah & Puasa Sunat

Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.

Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.

Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha

Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.

Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih

وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه

Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)

Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.

Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).

Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.

Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.

Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW

‏إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة

Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)

Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.

Isu Gabung Sunat & Qadha

Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-

Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.

Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.

Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-

1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.

2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.

3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :

كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان

Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)

4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.

Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)

5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW

من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر

Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).

6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.

7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith

" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)

Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).

Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.

Kesimpulan

Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);

Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

25 Oktober 2006

(Diedit semula pada 3 Syawal 1428 H = 15 Oktober 2007)

TERBIT SEMULA : 8 OKTOBER 2008 ( 9 Syawal 1429 H)

Oct 6, 2008

Salam Aidilfitri 1429H


Saya mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan 'aid Mubarak kepada semua pengunjung blog ini dengan ucapan تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ (Maksudnya:Semoga Allah menerima (amalan) dari kami dan anda semua).

Semoga semua amalan kita sepanjang ramadhan yang lepas diterima Allah Azawajalah sebagai bekalan kita di akhirat kelak.Semoga kita melangkah ke 1 Syawal ini dalam keadaan fitrah (diampunkan segala dosa kita yang lepas).Moga2 11 bulan yang akan datang dipertingkatan kualiti ibadah kita atas tarbiyah di dalam madrasah Ramadhan

Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada semua jika terdapat kesilapan dan kesalahan samada secara zahir ataupun batin.

Ingatan Tulus Ikhlas :
Bro_aiman