Jan 29, 2008

ASWJ : Tidak Ada Perayaan Bagi Umat Islam Selain ‘Idul Adha dan ‘Idul fitri

Ustaz Abu Naaielah menjawab Faizal Tehrani :

Sebelum kedatangan Syiah kita tak pernah mendengar tentang ghadir khum. Ianya memang terdapat di dalam kitab-kitab hadis Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Terakamnya kisah tersebut di dalam kitab-kitab ASWJ menunjukkan ulamak-ulamak ASWJ tidak bersikap berat sebelah atau cuba menutup kisah-kisah yang menunjukkan kelebihan ahlul bait Rasul s.a.w.

Bahkan dalam kitab-kitab terutamanya kitab hadis ASWJ begitu banyak termuat kelebihan-kelebihan ahlul bait secara umum dan juga secara khusus terhadap individu ahlul bait. Namun begitu ulamak ASWJ memahami peristiwa tersebut bukan sebagaimana yang difahami oleh Syiah. (InsyaAllah perbincangan khusus berkenaan ghadir khum serta apakah ada perkaitan dengan ayat quran spt yang dikemukakan oleh si-Tehrani akan saya kemukakan).

Berbalik kepada perayaan ghadir khum seperti yang diwar-warkan oleh si-Tehrani ini.

Bagi penganut ASWJ dari dulu lagi tidak ada perayaan bagi umat Islam sebagaimana yang disyariatkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. selain dua sahaja iaitu ‘Idul Adha dan ‘Idul fitri. Inilah dua hari raya yang dirayakan oleh baginda s.a.w. dalam kehidupannya dan diperintahkan oleh baginda s.a.w. supaya umat Islam merayakannya. Begitulah juga dengan zaman seterusnya iaitu zaman Khulafa’ Rasyidin Abu Bakar, Umar, Usman, Ali dan juga seketika zaman Hasan r.a. Apakah sejarah dapat membuktikan mereka ini ada merayakan hari tersebut? Inilah pegangan ASWJ berdasarkan sunnah Rasulullah s.a.w. dan juga Khulafa’ sesudahnya termasuklah khalifah dari kalangan Ahlul Bait Rasul s.a.w. sendiri.

Kalau begitu saya ingin bertanya siapakah si-Tehrani ini yang cuba untuk mempromosikan perayaan ini..? Sunnah siapakah yang diikuti oleh beliau? Andaikata beliau adalah ASWJ sebagaimana yang didakwa oleh beliau maka rujukan ASWJ manakah yang dijadikan oleh beliau sebagai membuktikan bahawa perayaan ini memang wujud di zaman Nabi s.a.w. seterusnya zaman khulafa’ rasyidin dan seterusnya dirayakan pula oleh anak cucu Nabi s.a.w. yang dianggap Imam oleh golongan Syiah..?

Saya tidak mengatakan dengan jelas bahawa beliau adalah seorang Syiah namun begitu masing-masing kita boleh menilainya sendiri..

No comments: