Feb 2, 2008

Minda Mufti : Komen SS DR Maza Terhadap MB Kelantan

Pengikut Dan ikutan : Antara Tuah Dan Padah
Saya percaya setiap pengikut dan yang diikuti akan tersedu dan merenung panjang dalam diri masing-masing, mengenang kemuncak masa hadapan iaitu Hari Akhirat apabila membaca firman Allah dalam al-Quran: (maksudnya) “Ketika mereka yang menjadi ikutan itu berlepas diri daripada mereka yang mengikutnya (para pengikut), dan mereka semua melihat azab (keperitannya), dan terputuslah segala hubungan di antara mereka. Dan (pada masa yang mengecewakan itu) berkatalah mereka yang menjadi pengikut: seandainya kami mempunyai ulangan (peluang kembali ke dunia) maka kami akan berlepas diri daripada mereka seperti mana mereka berlepas diri daripada kami (pada saat ini)! Demikianlah Allah perlihatkan kepada mereka amalan-amalan mereka menjadi penyesalan kepada mereka, dan mereka pula tidak akan dapat keluar dari neraka. (surah al-Baqarah: 166-167).

Teruskan membaca… »



No comments: