Feb 22, 2008

Wanita Penyeri Hidup Lelaki.

Oleh : Bro_aiman

Assalamu’alaikum wbt,

Sahabat-sahabat yang dikasahi sekalian, pertama sekali dan selamanya marilah kita mengungkapkan rasa syukur kita kepada Allah Azawajallah kerana mengurniakan kita pelbagai nikmat, dimana jika kita hendak menhitung nikmat-nikmat Allah ini dengan daya yang kita ada maka sudah pastilah kita gagal untuk menghitungnya.Antara nikmat yang hendak dibicarakan dalam kesempatan yang ada ini ialah nikmat berkasih sayang atau bercinta.Sudah pastilah cinta kita, kasih kita yang paling utama ialah cinta kita kepada Allah Azawajallah.Cinta inilah cinta hakiki yang akan menjadikan kita sentiasa rindu dan terikat dengan Allah.Kecintaan kita kepada Allah mendorongkan kita menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalanNya di sepanjang masa.

Tetapi sahabat-sahabat sekalian, tidak dinafikan bahawa cinta kita kepada manusia merupakan satu fitrah kurniaanAllah kepada kita.Tetapi cinta yang sementara ini mestilah tidak menghalang kita daripada mencintai Allah.Dalam satu hadith yang sahih dimana Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wasallam bersabda dimana mahfumnya :

Barangsiapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman :
i) Jika ia mencinatai Allah dan Rasulnya mengatasi kasihnya kepada orang lain.
ii) Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.
iii)Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekukufuran seabagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.

(Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Wanita adalah pelengkap dan penyeri hidup lelaki.Malahan Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wasallam memartabatkan kaum wanita sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu ‘alaihi Wasallam dalam satu riwayat yang sahih yang maksudnya :

“Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
(Riwayat Muslim, an- Nasai dan Ibn Majah)
Hadith ini jelas menunjukan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita.Jika dikaji dalam al-Qur’an, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting:
1) Wanita dianggap sebagai fitnah jika dia tidak dididik dan diasuh dengan acuan Islam yang sebenar.
2) Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan.
3) Wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kasih sayang.
Wanita yang tadinya dianggap penyeri hidup lelaki boleh bertukar menjadi racun atau perosak kepada lelaki jika ia tidak dididik dan dibentuk dengan acuan Islam yang sebenar.Dalam hadith diatas Rasullullah menyatakan bahawa wanita solehah adalah perhiasan dunia tetapi jika wanita itu sebaliknya, maka tidak kerterlaluanlah untuk kita mengatakan bahawa wanita yang tidak solehah adalah peracun dan perosak dunia.

Wanita solehah yang digambarkan oleh Rasulullah tadi sentiasa menjaga adab dan maruah mereka walaupun dimana mereka berada.Mereka ini sentiasa menjaga aurat mereka daripada dilihat lelaki yang bukan mahram.Mereka ini sentisa menjaga adab dan maruah Islam dalam mereka bertutur, mereka tidak mudah untuk mengungkapkan kata-kata yang tidak soleh kepada lelaki yang bukan mahram mereka.

Dalam dunia percintaan remaja kita lihat siperempuan dengan mudahnya sanggup mengadaikan maruah mereka untuk membuktikan kasih dan sayang mereka kepada si lelaki yang mereka cintai walaupun kadang-kadang tidak disuruh berbuat demikian.

Apakah yang dimaksudkan mendidik wanita megikut acuan Islam yang sebenarnya ? Mendidik mengikut acuan Islam yang sebenarnya ialah mendidik dengan mengambil al-Qur’an dan as-sunnah yang dibawa Rasulullah dengan selengkapnya, bukan hanya mengambil sebahagian sahaja dilupakan sebahagian yang lain, contohnya bab solat, puasa, zakat dan ibadah khusus yang yang lain kita mengambil mengikut al-Qur’an dan Sunnah tetapi bila bab aurat, bab pergaulan lelaki dan perempuan kita lupakan Qur’an dan kita lupakan Hadith, padahal peringatan-peringatan ini semuanya terkandung dalam Qur’an dan Sunnah.

Maka tidak mustahil lah ada segelintir perempuan yang kononya 'faham agama' tetapi sanggup menjual maruah mereka demi membuktikan cinta mereka kepada lelaki yang mereka kasihi, kita lihat si perempuan yang pada asalnya bertudung sanggup membuka tudung mereka untuk memperlihatkan fesyen rambut mereka yang kononnya lawa kepada si lelaki yang mereka kasihi.Selain itu juga siperempuan tadi yang kononnya 'faham agama' sanggup mengeluarkan tutur kata yang tidak mencerminkan wanita solehah kepada lelaki yang bukan mahram dimana ia tidak selari dengan syarak.Kita lihat remaja perempuan sekarang yang sanggup menghantar sms yang disi dengan tulisan-tulisan yang tidak soleh antara “saya sayang awak”, “i luv you very much”, “saya sayang sangat kat awak , awak sayang saya tak?” dan banyak lagi kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada bibir seorang perempuan yang digambarkan oleh Rasulullah tadi sebagai perhiasan dunia kepada lelaki yang bukan mahram.Wanita yang solehah tidak mudah mengeluarkan kata-kata ini kepada lelaki yang bukan mahram mereka.

Wahai sahabat-sahabat muslimah ingatlah peringatan Allah dal al-Quran dalam surah an-Nur ayat 31 ayang maksudnya

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Dalam ayat diatas dapat difahami apakah yang dicirikan sebagai wanita solehah. Wahai mahluk Allah yang bergelar wanita janganlah menjadi perosak dunia tetapi jadilah perhiasan dunia yang digambarkan Rasulullah dalam hadith diatas tadi.

Begitu juga dengan lelaki, biar kita menjadi pelindung bagi wanita bukan menjadi agen perosak kepada waniata.Lelaki yang soleh adalah lelaki yang mengambil Islam secara keselurahannya tanpa menolak satu ayat pun dalam al-Quran dan as-Sunnah yang dipastikan sahih.Tajdid bukan hanya berlaku dalam soal ibadah khusus sahaja contohnya solat,puasa sahaja tetapi ia meliputi linkungan yang besar.Dalam kita sibuk meluangkan masa dalam mencari sunnah yang sebenar contohnya sunnah dalam bersolat antaranya sunnah untuk menqiamkan tangan di dada, sunnah untuk mencecahkan tapak tangan sebelum lutut ke tanah semasa hendak sujud ataupun sebaliknya, sunnah untuk mengangkat jari telunjuk semasa tasyahud samada mendiamkan ataupun mengoyangkannya dari awal hingga memberi salam dan banyak lagi.Perkara-perkara ini memang perlu dan wajib untuk diketahui oleh kita tetapi perkara ini bukanlah penyebab bagi melupakan pada ayat-ayat Qur’an dan hadith sahih daripada nabi tentang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram.Antaranya dalam surah an-Nur : 30 Allah berfirman yang mafhumnya
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
Seperti wanita solehah tadi, lelaki yang soleh juga tidak mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak soleh kepada bukan mahram mereka samaada dalam bentuk lisan mahupun tulisan contohnya sms.Lelaki yang soleh juga akan sentiasa menjaga pandangan mereka menuruti perintah Allah dalam ayat diatas tadi.Kepada Sahabat-sahabat sekalian , marilah kita membuka minda kita dalam memahami al-Qur’an dan as-Sunnah dengan sebenarnya.Sahabat-sahabat sekalian cinta kepada manusia merupakan satu fitrah kurniaan Allah kepada kita tetapi sejauh mana pengurusan cinta kita kepada manusia ini mengikut syarak.Fikir-fikirkanlah.

Rujukan :

(1) Apakah erti saya menganut Islam (Fathi Yakan)
(2) Curahan Kasih Suami (Mohd Subhan MA)
(3) Majalah i ( Bulan Januari dan Ogos 2007)
(4) Majalah Haluan ( Bulan Julai/Ogos 2007)

No comments: