Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekelian Alam, selawat dan salam buat Rasulullah dan para sahabah, keluarga dan mereka yang mengikut jejak baginda hingga hari kiamat.
Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un. Sesungguhnya kita ini adalah milik Allah dan kepada-Nya jualah kita akan kembali. Setiap jiwa pasti akan mati. Apabila ia datang, tidak boleh ditangguh mahupun dipercepat walau sesaat.
Pihak IQ sangat menghormati beliau dan telah melantik beliau menjadi salah seorang daripada penasihat IQ. Justeru kehilangan beliau sangat dirasai. Pihak IQ juga sangat berterima kasih kepada beliau atas segala khidmat bakti, ilmu dan nasihat yang telah dicurahkan bukan sahaja untuk pembangunan IQ malah untuk survival perjuangan sunnah. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya dan semoga Allah memberikannya ganjaran yang melimpah ruah.
Ar-Rasul S.A.W bersabda: “...apabila mati seorang anak Adam itu, maka terputuslah amalannya melainkan daripada 3 perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang mendoakannya”. (Riwayat Muslim). Hadith ini tidak bermaksud menghadkan ruang kebaikan yang diperolehi oleh orang yang mati. Tetapi ia menunjukkan keutamaan ketiga-tiga perkara tersebut.
Oleh yang demikian, buat mereka yang pernah berguru dengan Al-Fadhil Ustaz, diharapkan dapat memanfaatkan segala tunjuk ajar beliau ke jalan kebenaran. Tetap teguh dengan kebenaran yang dipelajari daripadanya, meneruskan aspirasi dan perjuangan beliau adalah tanggungjawab yang perlu dipikul oleh setiap murid beliau. Al-Fadhil ustaz yang kita kenali adalah seorang yang kental dalam pendirian dan perjuangannya menegakkan sunnah Rasul S.A.W. Jadi janganlah dibiarkan segala jerit perih dan ilmu yang dicurahkan hilang bersama dengan ‘kepulangan’nya ke alam yang abadi. Jika itu yang berlaku, bagaikan sia-sialah pengorbanannya selama ini.
Jika selama hayatnya beliau bersusah payah untuk masyarakat, kini tibalah giliran kita membalas budinya. Kita tidak akan ber‘tahlil arwah’ atau menghadiahkan pahala zikir yang ‘disimpan’ -ia bukan suatu yang beliau ajarkan- kepada rohnya. Tetapi kita membantunya mendapat ganjaran pahala yang beterusan dengan memanfaatkan ilmu yang diajarinya. Inilah yang dikhabarkan oleh rasulullah S.A.W.
Seterusnya kita berharap dan optimis anak-anak Al-Ustaz Abdullah mampu menggalang ganti perjuangan ayahanda yang tercinta. Bukan sekadar menjadi anak-anak soleh yang mendoakan, bahkan menjunjung dan mendokong perjuangannya menyedarkan masyarakat peri pentingnya kembali kepada ajaran al-Kitab dan as-Sunnah.Semoga Allah merahmati kita semua.
Wassalamu‘alaikum warahmatuLlahi wabarakatuh.
Abd. Rasyid Bin Idris @ Adir
Presiden Institut Al-Qayyim,
Bukit Mertajam, P.Pinang
Feb 20, 2008
Takziah buat keluarga dan murid Ustaz Abdullah Yaakob
Posted by Bro_aiman at 2:40 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Artikel / Berita
-
▼
2008
(110)
-
▼
February
(12)
- Hebat Sambutan Ceramah Anwar Di Parlimen P.PauhKir...
- Pilihanraya : SPR Malaysia, BertanggungJawab Di Du...
- SPR perkenal duti setem untuk banyakkan calon BN m...
- Wanita Penyeri Hidup Lelaki.
- 'Negara Berkebajikan'
- Guna istilah orang utan bagi sedarkan manusia – TG...
- Takziah buat keluarga dan murid Ustaz Abdullah Yaakob
- SS DR Maza : Memilih Pemimpin yang Bertaqwa
- PEJUANGKAH KITA?
- Mufti Perak : Murtad sambut hari kekasih mirip aga...
- Mesti Download Jadual dan mp3 Kuliah Ust Halim Hassan
- Minda Mufti : Komen SS DR Maza Terhadap MB Kelantan
-
▼
February
(12)
No comments:
Post a Comment