Aug 29, 2008

Ustaz Ramadhan Fitri : Ceramah Kemerdekaan dan Tazkirah Ramadhan


--------------------------------------------------------



Aug 28, 2008

Secara Rasmi : DSAI angkat sumpah sebagai ahli Parlimen.

Ahli Parlimen Permatang Pauh yang baru, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia pada jam 10:03 pagi ini di Parlimen. Foto oleh Reuters.


KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai mengangkat sumpah sebagai ahli Parlimen Permatang Pauh pada jam 10:03 minit pagi di depan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Selepas upacara angkat sumpah tersebut, Anwar menandatagani surat akujanji.

Pandikar kemudiannya mengalu-alukan Anwar sebagai ahli Parlimen yang baru dan mengumumkan kepada ahli Dewan Rakyat mengenai perlantikan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.Setelah Pandikar mengumumkan Anwar sebagai sebagai Ketua Pembangkang, ahli Parlimen Pakatan Rakyat menepuk meja tanda setuju.

Menteri yang hadir hanya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapha Mohamed bersama-sama dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Datuk Zaid Ibrahim.Manakala yang lain dihadiri oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat.


Kasih isteri....Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menamani suaminya, Anwar ketika tiba di Lobi Parlimen untuk upacara angkat sumpah. Kehadiran beliau turut diiringi oleh Menteri besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Terdahulu Anwar tiba di Lobi Parlimen untuk upacara mengangkat sumpah pada jam 9:50 pagi diiringi isterinya, Datuk Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan anaknya, Nurul Izzah.

Turut sama mengiringi beliau adalah, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.Anwar hadir dengan memakai baju Melayu berwarna hitam.

Difahamkan satu sidang media akan diadakan selepas upacara angkat sumpah tersebut.


Sumber : mSTAR Online

Aug 27, 2008

DSAI : Alhamdulillah Kita Menang! ,We Won!


— KENYATAAN MEDIA —-


PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008

Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.

Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.

Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakan hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.

Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.

Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.

Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.

Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.

Kita tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan anda semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.

Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.

ANWAR IBRAHIM

Sumber : http://anwaribrahimblog.com

Aug 26, 2008

Dato Seri Anwar Ibrahim kembali ke parlimen, menang dengan majoriti 15,671



Majoriti lebih besar dari pilihanraya umum 8 Mac lalu

Oleh Wartawan KLpos.com 

PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 15,671 undi.



Setelah semua pusat pengundian ditutup pada jam 5.00 petang tadi, Anwar selaku pilihan menerima undian terbanyak.





 



Keputusan rasmi:
PKR:
31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,410
Peratus keluar mengundi: 81.1%
Undi rosak: 599 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388




 


Anwar menewaskan dua calon lain dari Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah dan calon Akim Hanafi Mamat.

Calon PKR Anwar Ibrahim mendapat 31,195 undi, Arif Shah mewakili BN mendapat 15,524 undi manakala calon Akim Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi sekaligus hilang wang pertaruhan sebanyak RM15 ribu.

Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di dewan rakyat tidak lama lagi.

Keadaan amat sesak dengan ribuan penyokong PKR berkumpul di pusat penjumlahan undi untuk menunggu proses pengiraan undi sejak petang tadi.

Bagaimanapun keadaan dilapor terkawal dengan pihak keselamatan mengawal ketat sekitar pusat penjumlahan undi tersebut.

Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh presiden PKR Wan Azizah yang memenanginya pada 8 Mac lalu untuk memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim untuk kembali ke persada politik tanah air.

Sebelum ini Wan Azizah mewakili PKR menang kerusi parlimen tersebut dengan undi majoriti 13,388 menewaskan calon BN Pirdaus Ismail.

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Mstar pula melaporkan Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan telah dipecat dari Umno dan kerajaan pada September 1998.

Minggu depan genap 10 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Selepas keputusan rasmi diumumkan, Pusat Operasi Utama PKR didendangkan dengan lagu "We Are The Champion".

Dalam reaksi segera, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN sepanjang pilihan raya kecil ini berkata, kemenangan Anwar membuktikan amalan demokrasi masih segar di negara ini.

Kini ADUN Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS.

Di Seberang Jaya, Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36) manakala di Penanti menyumbangkan Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).

Di bahagian DUN Permatang Pasir, Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).

Pengumuman keputusan tersebut disambut dengan sorakan kuat diiringi dengan tembakan bunga api oleh para Anwar yang berhimpun di padang pusat pennjumlahan undi tersebut.

Dianggarkan kira-kira 20,000 ribu penyokong parti pembangkang berhimpun bagi meraikan kejayaan Anwar. Suasana sekitar tempat pengumuman telah mula sejak sejak jam 7 petang


Sumber : Berita Harian Online
Sumber : KLPos.com

Aug 25, 2008

Jom Mengundi Esok : Pilih calon yang lebih baik atau 'kurang' mudarat - Mufti Perlis



PERMATANG PAUH: Tanpa menyebut nama calon, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abdidin berharap pengundi-pengundi di Permatang Pauh akan memilih calon yang "paling ringan mudarat" atau "membahayakan" agama dan negara, esok.

"Siapakah yang layak dipilih dalam keadaan begitu? Bagi saya pengundi yang matang hendaklah menilai manakah pihak yang paling ringan mudaratnya dibandingkan yang satu lagi," kata beliau.

Beliau salah seorang pemilih berdaftar di bahagian Parlimen Permatang Pauh berkata, pengundi-pengundi perlu menilai siapa yang paling kurang bahaya dibandingkan dengan yang lain untuk masa depan negara dan umat.

"Seperti orang sakit yang terpaksa memotong anggotanya untuk mengelakkan maut."Walaupun dia tidak rela memotong anggotanya, namun jika dibiarkan akan menyebabkan maut, maka dia terpaksa memilih keadaan yang lebih ringan antara keduanya."Begitulah keputusan dalam pemilihan di suasana ini," katanya.Pengundian pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh akan diadakan esok.Datuk Seri Anwar Ibrahim mewakili Pakatan Rakyat manakala Datuk Arif Shah Omar Shah pula bertanding atas tiket Barisan Nasional dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM).

"Satu pemilihan mesti dilakukan," kata beliau dalam rungannya di Mingguan Malaysia semalam.'Jelas beliau, jika tidak pun untuk memilih yang terbaik, sekurang-kurang memilih yang kurang mudarat antara semua."Setelah direnung dan ditenung, maka barulah seseorang pengundi muslim membuat keputusan yang diyakini paling menghampiri keredaan Allah.

"Undi ada nilai dosa dan pahala," katanya lagi.

Bagaimanapun tambah beliau, "barangkali memilih calon pada musim ini amat meragukan, maka beristikharahlah."

Mufti Perlis : Kepercayaan cincin dan tarikh suatu khurafat


Kepercayaan sial dan tuah mengenai cincin dan tarikh pengundian adalah satu kepercayaan khurafat yang bertentangan dengan Al-Qur’an dan As-Sunnah.


Tulisan ini merujuk kepada dua artikel di bawah:



Kepercayaan mengenai cincin


Kepercayaan mengenai tarikh

Penjelasan Di Sebalik Cadangan Mubahalah

“Ada sesetengah pihak yang tersalah sangka dengan menganggap bahawa cadangan saya untuk DSAI dan Saiful bermubahalah itu satu perangkap untuk menjatuhkan DSAI.Demi sesungguhnya tidak! Sebenarnya, sejak beberapa bulan yang akhir ini wujudnya persahabatan bukan politik antara saya dan DSAI. Sikapnya yang lebih lunak dan sering bertanya khabar agak menyenangkan.

Apabila timbul isu liwat yang dibangkitkan oleh Saiful, maka saya bertanya hal tersebut kepada DSAI sendiri. Daripada penjelasannya beliau memaklumkan bahawa wujudnya konspirasi. Katanya, mahkamah dan polis akan dipergunakan. Saya yang bersimpati jika benar wujud konspirasi tersebut melihat imej beliau perlu dibersihkan dan perancangan buruk perlu dihentikan melalui satu proses yang menakutkan sesiapa yang khianat dan berdusta. Berdasarkan dakwaan DSAI, mahkamah dan polis tidak dipercayai.

Maka saya mencadangkan proses yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah yang diluar dari hukuman manusia sebaliknya menanti balasan Allah di dunia lagi iaitu Mubahalah. Harapan saya supaya mereka yang jahat akan takut seperti mana golongan Kristian Najran yang takut dengan laknat Allah s.w.t dan tidak berani bermubahalah dengan Nabi Muhammad s.a.w.. Saya maklumkan secara perbualan telefon kepada DSAI bahawa niat saya membersihkan imej beliau dan beliau ketika itu tidak pertikaikan tujuan saya walaupun kelihatan beliau keberatan.

Tiba-tiba selepas cadangan dibuat dan -seperti pandangan-pandangan saya yang lain- ia mendapat liputan yang meluas, Saiful pula yang tampil mencabar DSAI untuk bermubahalah dan telah melaknat dirinya jika dia bohong. Sementara DSAI enggan menyahutnya atas alasan-alasan beliau. Maka, tiada sebarang konspirasi dalam cadangan ini, sebaliknya tujuan asalnya adalah untuk kebaikan beliau. Jika beliau enggan, maka para pengikutnya yang tidak perlu mempertikaikan pencadangnya”.

Aug 20, 2008

Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok

Jimadie Shah Othman | Aug 20, 08 2:48pm


Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.

iium songkok protest 200808 crowdPihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.

Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.

iium songkok protest 200808 talkingSelepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.

Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.

UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.

Minta butiran terperinci

Muhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mahasiswa."Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad.MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.

iium songkok protest 200808 tahirDr Md Tahir, ketika ditemui pemberita selepas pertemuan 30 minit dengan tiga pemimpin MPP -UIA, termasuk Muhammad berkata, songkok masih terus digunakan seperti biasa dalam majlis-majlis lain. "Hanya untuk konvokesyen sahaja mortar digunakan untuk diseragamkan dengan universiti-universiti lain," katanya.

Beliau menolak dakwaan bahawa RM2.1 juta itu mahal kerana jubah dan mortar itu, menurutnya, boleh digunakan dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.

5,000 pakaian

"Mana ada mahal...baju yang dia pakai lagi mahal. " katanya sambil menunjuk ke arah seorang pemberita wanita.

Katanya, jubah dan songkok lama itu akan dijual jika ada kolej-kolej baru yang berniat membelinya.UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru. Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu.

"Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.


Sumber
: www.malaysiakini.com/bm

Aug 16, 2008

Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh


Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah bersalaman dengan Presiden Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Hamat (tengah) sambil diperhatikan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas masing-masing menyerahkan borang penamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh di Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini, hari ini. - foto Bernama



BUKIT MERTAJAM 16 Ogos – Pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh pada 26 Ogos ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Angkatan Keadilan Insan Malaysia.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihan raya itu akan ditandingi oleh Datuk Arif Shah Omar Shah (BN), Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR) dan Hanafi Mamat dari Angkatan Keadilan Insan Malaysia.
Proses penamaan calon pilihan raya itu diadakan di Dewan Aminuddin Baki, Institut Perguruan Tuanku Bainun di sini pagi ini. - Utusan.



Gambar Sekitar Penamaan Calon











Aug 15, 2008

Nifsu Sya'ban : Fadhilatnya Sahih TETAPI Amalan-amalan khusus yang diwar-warkan semuanya daif dan palsu

Editor : Bro_aiman
Rujukan : Institut Al- Imam Syafiie (INTIS)


Hadith sahih fadhilat nisfu sya'ban :
“Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam nisfu Sya'ban, maka Dia ampuni semua hamba-hambaNya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).

(Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadith ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)
Berdasarkan hadith ini cukuplah bagi kita meningkatkan amalan kita pada malam tersebut mengikut cara yang telah diajar nabi dengan amalan harian seperti bangun solat tahajud, membaca al-Qur'an (jangan mengkhusus surah-surah tertentu untuk diabaca), berzikir dengan zikir-zikir mathur dan berdoa.
Daripada Aisyah ra berkata: (Adalah Rasulullah saw apabila berpuasa, sehingga kita menganggap Baginda tidak akan berbuka, dan apabila Baginda berbuka, seolah-olah kita akan menganggap Baginda tidak akan berpuasa, dan aku tidak pernah melihat Rasulullah saw menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat Baginda memperbanyakkan puasanya (selain bulan Ramadhan) melainkan pada bulan Sya’ban).

(Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Daripada hadith di atas kita juga disunnah memperbanyakkan puasa dalam bulan sya'baan TETAPI jangan kita mengkhususkan puasa pada nifsu syaa'ban dengan mengatakan sunnah untuk puasa pada nifsu syaa'ban.Hadith sahih hanya mengatakan sunnah untuk memperbanyakan puasa pada bulan sya'baan sahaja tiada hadith yang menyebut khusus tentang sunnah berpuasa pada nifsu sya'ban.
Jadi sesiapa yang hendak berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi memperbanyakkan puasa pada bulan sya'ban maka sesunggunhnya dia telah mengikut sunnah.
TETAPI
Jika seseorang berpuasa pada hari nifsu sya'ban dengan niat aku berpuasa pada hari ini kerana nabi mengkhususkan puasa pada nifsu sya'baan maka sesungguhnya ini bukan sunnah daripada nabi dan amalan ini tertolak.

Tiada amalan-amalan khusus pada nifsu sya'ban


Tiada amalan-amalan khusus yang diajar nabi untuk dilakukan pada malam tersebut.Kita melihat banyak hadith-hadith lemah tentang amalan-amalan khusus pada malam nifsu sya'baan dan ia ditambahkan lagi dengan hadith-hadith palsu yang direka tentang amalan-amalan khusus pada malam tersebut.

Fatwa Dr. Yusuf al-Qaradawi mengenai amalam-amalan khusus nisfu sya'baan:
“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya...perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka."

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut).
Wahai pereka-pereka hadith ingatlah sesungguhnya kamu semua telah berdusta ketas nabi dengan hadith-hadith rekaan dan tulisan kamu, siaplah api neraka bagi kamu semua, hal ini berdasarkan hadith sahih dibawah :
Sesungguhnya berdusta ke atasku (menggunakan namaku) bukanlah seperti berdusta ke atas orang lain (menggunakan nama orang lain). Sesiapa yang berdusta ke atasku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka”

(Riwayat al-Bukhari, Muslim, dan selain mereka)
Ulasan terhadap hadith palsu dan daif tentang amalan-amalan khusus pada malam nisfu Sya'baan

(1)
Hadis yang diriwayatkan daripada Ali ra:
(Apabila tiba malam Nisfu Sya’ban, maka bangunlah kamu (menghidupkannya dengan ibadah) pada waktu malam dan berpuasalah kamu pada siangnya, kerana sesungguhnya Allah swt akan turun ke langit dunia pada hari ini bermula dari terbenamnya matahari dan berfirman: “Adakah sesiapa yang memohon ampun daripada-Ku akan Ku ampunkannya. Adakah sesiapa yang memohon rezeki daripada-Ku, akan Ku kurniakan rezeki kepadanya. Adakah sesiapa yang sakit yang meminta penyembuhan, akan Ku sembuhkannya. Adakah sesiapa yang yang meminta daripada-Ku akan Ku berikan kepadanya, dan adakah begini, adakah begitu dan berlakulah hal ini sehingga terbitnya fajar)
ULASAN : Hadis ini adalah maudhu’, diriwayatkan oleh Ibn Majah dan al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman. Rujuk Dhaifah al-Jami’ dan Silsilah al-Dhaifah oleh al-Albani, Dhaif Ibn Majah.

(2) Hadith yang diriwayatkan daripada Ibn Umar ra :

(Barang siapa membaca seribu kali surah al-Ikhlas dalam seratus rakaat solat pada malam Nisfu Sya’ban ia tidak keluar dari dunia (mati) sehinggalah Allah mengutuskan dalam tidurnya seratus malaikat; tiga puluh daripada mereka mengkhabarkan syurga baginya, tiga puluh lagi menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh yang lain mengawalnya daripada melakukan kesalahan dan sepuluh lagi akan mencegah orang yang memusuhinya)).Hadis ini menurut Ibn al-Jauzi adalah Maudhu’.

(Rujuk Ibn al-Jauzi, al-Maudhu’at, Dar al-Fikr, cet. 1983, 2/128).
ULASAN : Imam al-Daruqutni pula meriwayatkan hadis ini daripada Muhamad bin Abdun bin Amir al-Samarqandi dan dia mengatakan bahawa Muhamad adalah seorang pendusta dan pembuat hadis. Pendapat ini juga sama seperti yang disebut oleh Imam al-Zahabi bahawa Muhamad bin Abdun terkenal sebagai pembuat hadis.

(3) Hadith yang diriwayatkan daripada Ja’far bin Muhammad daripada ayahnya berkata:

(Sesiapa yang membaca pada malam Nisfu Sya’ban seribu kali surah al-ikhlas dalam sepuluh rakaat, maka ia tidak akan mati sehingga Allah mengutuskan kepadanya seratus malaikat, tiga puluh menyampaikan khabar gembira syurga kepadanya, tiga puluh menyelamatkannya dari neraka, tiga puluh akan mengawalnya dari berbuat salah dan sepuluh akan menulis mengenai musuh-musuhnya).
ULASAN :Ibn al-Jauzi turut menghukum hadis ini dengan maudhu’.

Hadis-hadis yang menyebut tentang amalan-amalan yang khusus seperti solat, doa dan sebagainya adalah tidak sahih.

Justeru, tidak ada amalan–amalan atau ibadah khusus yang disunatkan untuk dilakukan pada malam Nisfu Sya’ban seperti solat tertentu yang dinamakan solat al-Alfiyah atau membaca sesuatu surah (seperti surah Yaasin) supaya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditetapkan iman atau sebagainya.

Jika amalan ini thabit, pasti Rasulullah saw akan mengajarkannya kepada para sahabat dan generasi selepas itu akan menyampaikannya kepada kita.


Ulasan tokoh-tokoh Hadith


Al-Hafiz al-Iraqi berkata:

(Hadis tentang solat pada malam Nisfu Sya’ban adalah maudhu’, direka cipta dan disandarkan kepada Rasulullah saw.

al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu’:
Solat yang dikenali sebagai solat al-Raghaib iaitu solat sebanyak dua belas rakaat antara Maghrib dan I’syak pada malam Jumaat pertama bulan rejab dan solat sunat pada malam Nisfu Sya’ban sebanyak seratus rakaat adalah dua jenis sembahyang yang bid‘ah (ditokok tambah dalam agama).

(Rujuk: Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, hal. 14).

Syiekh Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz berkata:

(Dan di antara perkara-perkara ibadah yang direka cipta oleh manusia ialah merayakan malam Nisfu Sya’ban dan berpuasa sunat khusus pada siangnya, dan tidaklah ada sebarang dalil yang mengharuskan perkara ini. Riwayat yang menyatakan tentang kelebihan amalan ini adalah dhaif dan tidak boleh berhujah dengannya. Ada pun riwayat yang menyebut tentang kelebihan solat yang khas, semuanya adalah maudhu’ seperti mana yang telah dijelaskan oleh kebanyakan ahli ilmu).

(Abd al-Aziz bin Abdullah bin Baaz, al-Tahzir min al-Bida’, hal. 11).

Dr. Yusof al-Qaradhawi juga menyatakan di dalam fatwanya:

(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)

Para ulama muktabar lain seperti Syiekh al-Islam Ibn Taimiyah, Imam al-Suyuti, Abu Bakr al-Turtusyi, al-Maqdisi, Ibn Rejab dan lain-lain lagi juga menafikan akan wujudnya amalan ibadah yang khas pada malam Nisfu Syaaban ini. Namun, ini bukanlah bererti malam ini tidak mempunyai kelebihannya, bahkan terdapat hadis-hadis yang thabit yang menyebut akan fadhilat dan kelebihannya, tetapi tidak dinyatakan tentang amalan ibadah khas yang perlu dilakukan.

Maka sebarang ibadah yang dilakukan pada malam tersebut tidak boleh disandarkan dengan mana-mana hadis atau pun menganggapnya mempunyai kelebihan yang khas dan tidak juga dilakukan secara berjemaah. Hal ini telah disebut al-Imam al- Suyuti:

(Dan pada malam Nisfu Sya’ban itu padanya kelebihan, dan menghidupkannya dengan ibadah adalah digalakkan, tetapi hendaklah dilakukan secara bersendirian bukan dalam bentuk berjemaah).

(Rujuk: al-Suyuti, al-amru bi al-ittiba’ wa al-nahyu an al-ibtida’ (Beirut: Dar al-kutub al-Ilmiyah, cet. 1, 1998), hal 61)

Aug 13, 2008

Pesanan Buat Calon-Calon Yang Bertanding di Permatang Pauh

Calon-calon Yang Dikasihi,

Proses demokrasi jika tidak dipandu dengan kesedaran Islam akan menjerumuskan kita ke kancah yang serba jijik dan kotor. Lihatlah apa yang terjadi dalam masyarakat kita apabila berpegang dengan demokrasi yang tidak ditapis dengan tapisan wahyu ilahi; lahirnya politik wang, permusuhan sesama muslim tanpa alasan yang benar, fitnah mengfitnah, caci-mencaci dan segala macam racun permusuhan dan kebencian yang hidup atas nama baja demokrasi. Dalam mencapai hasrat kuasa dan memenangi persaingan untuk mendapatkan kuasa ramai pemain di gelanggang demokrasi itu melupai prinsip-prinsip Islam yang harmoni dan lurus.

Maka, saya yang teramat daif ini mengambil kesempatan mengingatkan para calon dan mereka yang terlibat dalam kempen Pilihanraya Permatang Pauh –yang kebetulan juga merupakan kawasan undi saya- untuk berpegang dengan prinsip-prinsip Islam ketika berkempen.
Bebaskan kempen anda dari rasuah undi, caci-maki, tuduh-menuduh tanpa bukti, penggunaan bahasa atau isyarat yang kasar dan kesat, membuka aib orang tanpa sebarang keperluan yang diizinkan syarak dan seumpamanya. Kesemua itu adalah dosa walaupun atas nama deomokrasi dan kegilaan undi!Keperluan politik umat bukan itu semua.
Sebaliknya kita ingin mendengar siapakah yang memiliki pemikiran dan idea yang mampu membangunkan masyarakat dan negara ke arah yang lebih harmoni, terurus dan sopan berdasarkan teras-teras yang diredhahi Allah.
Didiklah masyarakat kita untuk hidup dalam iklim politik yang harmoni dan penuh kesantunan. Janganlah nanti generasi baru yang sedang membesar akhirnya tidak mengenali politik melainkan dengan wajah serba kehodohan dan kebiadapan cara dan bahasa.Hak-hak setiap muslim lebih mulia di sisi Allah daripada kerusi politik yang menjadi kegilaan sebahagian manusia. Kita sudah penat mendengar maki hamun, ketidakjujuran, pembohongan dan penipuan atas nama politik. Berilah ruang untuk rakyat hidup dalam udara politik yang bersih dan segar. Jangan jadikan mereka terbiasa dengan pencemaran sehingga akhirnya mereka sebati dengan kejijikan siasah yang tiada penghujungnya. Selamat berkempen, dan berkempenlah dengan cara yang Allah redha!

Seorang Pengundi Anda: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Sumber : http://drmaza.com/home

Aug 12, 2008

Doakan sahabat kita........

assalamualaikum wbt..

Minta sahabat-sahabat semua doakan seorang pelajar perempuan Nurhamizah tahun 2 pendidikan islam sedang tenat (peparu berjangkit dan sesak nafas) di hospital sultanah aminah sekarang...

Muslimah ini accident semalam bersama seorang sahabat nya Norhanan bte Mohamad yang telah kembali ke rahmatullah semalam...

Tolong solat hajat dan doakan moga Allah beri kesihatan kepadanya dan pulih kembali insya-Allah..

sumber :http://kelab-iqra.blogspot.com/

Aug 11, 2008

Mari Berdoa : Akhawat (pelajar muslimah) utm telah kembali ke rahmatullah

InnaliLlahi wa inna ilayhi raaji'un... Pelajar muslimah Kelab Iqra UTM (pelajar tahun 2 Pendidikan Islam) telah kembali ke rahmatullah petang tadi (10 Ogos).Allahyarhamah Norhanan terlibat dgn kemalangan motor di UTM. Kemalangan tersebut melibat 2 pelajar muslimah dimana seorang lagi Hamizah patah kaki dan kini berada di Hospiatal Sultanah Aminah.Doa moga keadaan Hamizah bertambah stabil.

Sahabat-sahabat sekalian mari kita berdoa seperti diajar nabi semoga Alah menempatkan Allahyarhamah di kalangan orang-orang yang soleh.Dan marilah kita berdoa agar keluarga Allahyarhamah tabah menghadapi dugaan dan ujian ini.Sesungguh setiap yang bernyawa pasti akan kembali padaNya cuma lambat ataupun cepat.

Sahabat-sahabat sekalian sesungguh mati adalah benar.Persoalannya
ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERTEMU DENGAN NYA?

sumber :http://kelab-iqra.blogspot.com/

Aug 9, 2008

Konveksyen UTM ke-41 -Tahniah Kepada Semua


Selamat berkonvokesyen kepada semua sahabat-sahabat UTM yang akan meraikan hari bersejarah ini pada tanggal 16 Ogos - 20 Ogos ini.Ucapan ini ditujukan khususnya kepada kawan-kawan kos SPM batch 04/05 ,tidak dilupakan kawan-kawan kos lain antaranya SPT, SPK, SPL, SPI, SPP, SPF, SPC, SPN, SPS, SPA, SPE.

Kos SPM 04/05

Ucapan tahniah ini juga ditujukan kepada semua sahabat yang dikenali khususnya sahabat seperjuangan iaitu fadhli, khairi spp, akmal, naim.Tidak dilupakan sahabat-sahabat yang sama-sama berjuang daripada kemasukan dari tahun 1 lagi asyaf, fadzli, arip, shidi, poji, mi, hazli, muslim, khairi tesl dan ramai lagi. (nama yang tak disebut jangan kecil hati ye, daku selalu doakan kalian)


Sahabat seperjuangan : Dari kiri - fadhli, rizal, syazwan, asyraf dan akmal.. Dibelangkang rizal - khairi (baju belang)

Sahabat seperjuangan : dari kiri- poji, arip, mi (berdiri), hazli, shidi dan muslim

Ucapan tahniah ini juga diucapkan kepada semua sahabat-sahabat yang berada di seluruh tanahair di semua universiti-univesiti tempatan khususnya sahabat yang di UIA yang akan berkonvokesyen pada 23-25 Ogos ini, sahabat-sahabat di UM dan banyak lagi.


Sesungguhnya memori kita bersama sentiasa dalam ingatan daku semasa sama-sama berjuang bermula kemasukan kita ke utm ini .

Sahabat-sahabat sekalian sesungguhnya perjuangan kita bukan terhenti setakat ini tapi perlu diteruskan sehingga kita melangkah ke alam perkerjaan dan seterusnya, sesungguhnya perjuangan ini takkan terhenti selagi kita bernafas.Rebutlah ia dengan baik jika tidak kita akan tergolong dalam golongan yang kerugian.Firman Allah Azawajallah :

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian,
3.Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan berpeasan-pesan atas kebenaran dan berpesan-pesan atas kesabaran
(Surah al-‘Ashr : 1-3)


- Semoga ALLAH merahmati kita semua dan terus berjaya dunia dan akhirat- -Amin-


Aug 1, 2008

Kenyataan Mufti Perlis Tentang Upacara Tugu Negara Sempena Hari Pahlawan

Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.Perbuatan seperti itu seakan menjadikan tugu berkenaan berhala yang dihormati.
Sekiranya pun pelakunya tidak mempunyai sebarang iktikad bahawa itu semua memberi manfaat dan mudarat, maka perbuatan itu adalah sia-sia dan bodoh. Ia tetap haram kerana meniru perbuatan musyrikin.
Jika pelaku beriktikad itu memberikan kemanfaatan kepada keamanan, kedamaian ruh mereka yang telah meninggal dunia, maka itu adalah perbuatan syirik yang jelas. Akidah Islam menentang sebarang unsur keberhalaan.


Pemimpin atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam perbuatan ini hendaklah bertaubat kepada Allah dan kembali kepada akidah Islam yang sebenar.

Firman Allah: (maksudnya) “Dan demi sesungguhnya, Kami telah memberi kepada Ibrahim sebelum itu jalan yang benar (dalam bertauhid), dan Kami mengetahui akan halnya. Ketika dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: “Apakah patung-patung ini yang kamu berdiri di hadapannya (memujanya)? Mereka menjawab: “Kami dapati datuk nenek kami selalu menyembahnya. Ibrahim berkata: “Sesungguhnya kamu dan datuk-nenek kamu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-Anbiya 50-54)”

Sumber : http://drmaza.com/home