Majoriti lebih besar dari pilihanraya umum 8 Mac lalu
Oleh Wartawan KLpos.com
PENASIHAT Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh yang dimenangi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan majoriti 15,671 undi.Setelah semua pusat pengundian ditutup pada jam 5.00 petang tadi, Anwar selaku pilihan menerima undian terbanyak.
PKR: 31,195 undi
BN: 15,524 undi
AKIM: 92 undi
Jumlah keluar mengundi: 47,410
Peratus keluar mengundi: 81.1%
Undi rosak: 599 undi
Majoriti: 15,671 undi.
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (PKR)
Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348
Majoriti: 13,388
Calon PKR Anwar Ibrahim mendapat 31,195 undi, Arif Shah mewakili BN mendapat 15,524 undi manakala calon Akim Hanafi Mamat hanya mendapat 92 undi sekaligus hilang wang pertaruhan sebanyak RM15 ribu.
Anwar akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen di dewan rakyat tidak lama lagi.
Keadaan amat sesak dengan ribuan penyokong PKR berkumpul di pusat penjumlahan undi untuk menunggu proses pengiraan undi sejak petang tadi.
Bagaimanapun keadaan dilapor terkawal dengan pihak keselamatan mengawal ketat sekitar pusat penjumlahan undi tersebut.
Kerusi Parlimen Permatang Pauh dikosongkan oleh presiden PKR Wan Azizah yang memenanginya pada 8 Mac lalu untuk memberi laluan kepada suaminya Anwar Ibrahim untuk kembali ke persada politik tanah air.
Sebelum ini Wan Azizah mewakili PKR menang kerusi parlimen tersebut dengan undi majoriti 13,388 menewaskan calon BN Pirdaus Ismail.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu mengatasi majoriti lebih 13,000 undi yang dicatatkan oleh isterinya Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dalam pilihan raya umum 8 Mac lalu.
Mstar pula melaporkan Anwar yang juga bekas Menteri Kewangan telah dipecat dari Umno dan kerajaan pada September 1998.
Minggu depan genap 10 tahun beliau dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.
Selepas keputusan rasmi diumumkan, Pusat Operasi Utama PKR didendangkan dengan lagu "We Are The Champion".
Dalam reaksi segera, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera BN sepanjang pilihan raya kecil ini berkata, kemenangan Anwar membuktikan amalan demokrasi masih segar di negara ini.
Kini ADUN Seberang Jaya diwakili Arif Shah manakala Penanti diwakili pemimpin PKR dan Permatang Pasir pula wakil PAS.
Di Seberang Jaya, Anwar memperoleh 11,084 undi, Arif Shah (6,345) dan Hanafi (36) manakala di Penanti menyumbangkan Anwar 8,054 undi, Arif Shah (4,229) dan Hanafi (27).
Di bahagian DUN Permatang Pasir, Anwar mendapat 12,034 undi, Arif Shah (4,381) dan Hanafi (26).
Pengumuman keputusan tersebut disambut dengan sorakan kuat diiringi dengan tembakan bunga api oleh para Anwar yang berhimpun di padang pusat pennjumlahan undi tersebut.
Dianggarkan kira-kira 20,000 ribu penyokong parti pembangkang berhimpun bagi meraikan kejayaan Anwar. Suasana sekitar tempat pengumuman telah mula sejak sejak jam 7 petang
Sumber : Berita Harian Online
Sumber : KLPos.com
No comments:
Post a Comment