Aug 20, 2008

Konvo: 3,000 pelajar UIA bantah ganti songkok

Jimadie Shah Othman | Aug 20, 08 2:48pm


Seramai 3,158 pelajar Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menandatangani petisyen membantah keputusan pihak pentadbiran universiti tersebut untuk menggunakan jubah baru dan menggantikan pemakaian songkok untuk majlis konvokesyennya.

iium songkok protest 200808 crowdPihak pentadbiran UIA memutuskan untuk menggunakan jubah baru serta menggantikan pemakaian songkok dengan mortar.Bantahan tersebut diterajui oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa UIA (MPP-UIA).Berikutan itu, seramai 100 pelajar UIA telah mengadakan perhimpunan tengahari untuk menyokong tindakan MPP membantah perubahan tersebut.

Presiden MPP-UIA, Muhammad Adib Hatim berkata, mereka membantah penggantian pemakaian songkok tersebut kerana ia sudah menjadi identiti UIA sejak 25 tahun lalu.Katanya, manakala keputusan menggunakan jubah baru itu dan mortar tersebut, menyebabkan pihak universiti menanggung kos sebanyak RM2.1 juta.

iium songkok protest 200808 talkingSelepas perhimpunan tersebut, Muhammad Adib telah menyerahkan tandatangan tersebut kepada Timbalan Rektor UIA (Akademik dan Penyelidikan), Prof Datuk Dr MD Tahir Azhar.

Katanya, kempen mengutip tandatangan pelajar bagi membantah keputusan UIA itu dianjurkan oleh MPP-UIA.

UIA mempunyai 13,000 pelajar di kampus induknya di Gombak dan 2,000 lagi di kampus cawangannya di Kuantan, Pahang.

Minta butiran terperinci

Muhammad Adib berkata, mereka mempersoalkan tindakan universiti membuat keputusan yang melibatkan jumlah wang yang banyak, tanpa berbincang terlebih dahulu dengan mahasiswa."Kami hanya mengetahuinya apabila media melaporkan terlebih dahulu," kata Muhammad.MPP juga menuntut pihak universiti memberikan butian terperinci mengenai perbelanjaan untuk tujuan itu.

iium songkok protest 200808 tahirDr Md Tahir, ketika ditemui pemberita selepas pertemuan 30 minit dengan tiga pemimpin MPP -UIA, termasuk Muhammad berkata, songkok masih terus digunakan seperti biasa dalam majlis-majlis lain. "Hanya untuk konvokesyen sahaja mortar digunakan untuk diseragamkan dengan universiti-universiti lain," katanya.

Beliau menolak dakwaan bahawa RM2.1 juta itu mahal kerana jubah dan mortar itu, menurutnya, boleh digunakan dalam tempoh yang lama sehingga lebih 20 tahun.

5,000 pakaian

"Mana ada mahal...baju yang dia pakai lagi mahal. " katanya sambil menunjuk ke arah seorang pemberita wanita.

Katanya, jubah dan songkok lama itu akan dijual jika ada kolej-kolej baru yang berniat membelinya.UIA membeli lebih kurang 5,000 pakaian untuk majlis konvokesyen baru. Lebih 4,000 pekajar akan menggunakannya selama tiga hari mulai Sabtu ini.

Mengulas dakwaan bahawa tindakan pentadbiran universiti itu membelakangi mahasiswa, Dr Md Tahir berkata, terdapat beberapa perkara yang perlu diberitahu dan ada yang tidak perlu diberitahu terlebih dahulu.

"Dalam kes ini, ia berada dalam kawasan samar-samar, boleh beritahu dulu. Tetapi tidak beritahu pun tidak mengapa," kata Dr Md Tahir.


Sumber
: www.malaysiakini.com/bm

No comments: